“Abah Jangan Risau Kalau Anak Abah Ni Tak Kahwin Lagi, Dia Happy…,”- Sherry Al Hadad

Share

Pengacara popular, Sherry Al Hadad memuat naik foto arwah datuknya, Syed Ali Al Hadad bersebelahan dengan arwah bapa, Syed Abdullah Al Hadad di Instagramnya.

Sambil mengimbau kenangan bersama arwah datuk dan bapanya, kapsyen yang dibuat hos The Sherry Show ini nyata mengesankan.

“Salam Jumaat semua. Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad.

“Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun.

“Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya “cucu ke Tuan Syed?” “Takklah anak bongsu”,” kongsi Sherry.

Malah, Sherry menjelaskan namanya adalah inspirasi dari arwah bapanya yang gemar akan lagu Cheri Cheri Lady nyanyian kumpulan Modern Talking (1985).

“Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry Cerry Lady. Btw abah, dont worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau. Cicit pun dah ada.

“Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah,” kongsi Sheery sambil disertakan foto kenangan hitam-putih.

Lalu, rakan selebriti telah meninggalkan komen terhadap perkongsian foto dan kaspyen yang dinukil Sherry.

Dalam perkembangan lain, Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage 2019 di samping Alif Satar pada Ahad ini jam 9 malam di  Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Foto: Instagram Sherry Al Hadad

Published by
MH