Awal semalam, vokalis kumpulan Xpose, Furhan atau nama sebenarnya, Ahmad Khairul Furhan ada meminta doa ramai agar mendoakan kesihatan bapanya, Zahari Ismail yang kini telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan bintang ini menerusi Instagram, selain turut berkongsi foto sama di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum… Dengan rasa rendah diri saya mintak semua mendoakan kesihatan Abah saya Cikgu Zahari bin Ismail yang mengalami jangkitan kuman di paru paru.
Ads
“Sekarang berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.
“Mintak semua doakan kesejahteraan dan kesihatan Abah.
Ads
“Abah jarang sakit..tak pernah masuk hospital selama saya hidup 27 tahun..doakan abah saya ye…,” tulis Furhan di ruangan kapsyen.
Ads
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat terus menitipkan dedikasi serta mendoakan agar bapa penyanyi ini segera sembuh.
Foto: Instagram Furhan Xpose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon, Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid baru-baru ini mendedahkan, tahap kesihatan dirinya tidaklah begitu baik.
Pendedahan tersebut dilakukan bintang berusia awal 50-an ini, seperti yang dipetik Astro Awani.
Ebby pernah melalui detik sukar apabila doktor mengesahkan dia menghadapi masalah lemah jantung selain kebocoran buah pinggang sejak setahun setengah lalu.
Malah difahamkan sepanjang tempoh itu juga, pelakon komedi senior itu tidak berupaya melakukan kerja berat kerana tiada kudrat.
“Setahun setengah juga saya tak bekerja. Bukan tak mahu kerja, tapi saya tidak ada kemampuan,” katanya.
Terdahulu, Ebby pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1998.
Seiring perubahan masa, doktor yang merawat memaklumkan, keadaan jantungnya hanya mempunyai lebih 20 peratus tahap kekuatan sedangkan untuk manusia normal bacaan kekuatan jantung yang diperlukan ialah 60 peratus.
“Itu yang doktor maklumkan pada saya berhubung keadaan jantung saya. Pada masa ini, saya hanya bergantung pada ubat, tapi Alhamdulillah saya sihat, tak adalah sakit teruk.
“Demikian juga dengan buah pinggang saya, ada alami kebocoran dan saya juga sedang menjalani rawatan,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, atas ujian terhadap status kesihatannya kini, Ebby akur bahawa pendapatannya turut terjejas kerana dia tidak mampu bekerja.
Bagaimanapun, Ebby menjelaskan selagi mampu, dia akan bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara hidup.
“InsyaAllah berkat rawatan yang saya jalani, doa keluarga dan kawan-kawan saya sudah mampu untuk kembali bekerja. Saya sentiasa percaya rezeki Allah yang tentukan.
“Alhamdulillah tawaran berlakon juga sudah diterima dan saya akan kembali aktif secara perlahan-lahan,” kata Ebby yang tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana atas rezekiNya.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Kilafairy menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan, UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan terutamanya lipmatte ataupun pembayang pipi.
Bagaiamanpun, mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu untuk berkata ‘ya’. Tapi apabila mencubanya, saya suka.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai apa-apa dibibir,” katanya jujur.
Baginya yang selesa disapa Kila ini, tekstur lembut yang ada pada lipmatte terbabit sememangnya jarang didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.
“Produk sama jenama antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipmatte ini dan harganya pula amat berpatutan, hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Sebelum ini, Kila yang juga merupakan anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil turut tampil dengan jualan produk makanan tambahan sendiri, iaitu KilaFit kira-kira dua tahun lalu.
Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.
Sementara itu, Kila turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan ia telah mencetuskan idea bersama pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.
“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.
“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.
“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.
Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal, UFORA X Kilafairy telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ, malam Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Kila mendedahkan dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.
“Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.
“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya.
Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Yang pasti, bila ia sudah konkrit, insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua orang,” katanya.
Kila dan kekasih difahamkan sudah lebih 10 tahun saling mengenali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!