“Abah Jarang Sakit, Tak Pernah Masuk Hospital,” – Bapa Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Furhan Xpose Pohon Doa

Share

Awal semalam, vokalis kumpulan Xpose, Furhan atau nama sebenarnya, Ahmad Khairul Furhan ada meminta doa ramai agar mendoakan kesihatan bapanya, Zahari Ismail yang kini telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita tersebut dimaklumkan bintang ini menerusi Instagram, selain turut berkongsi foto sama di IG Story miliknya.

“Assalamualaikum… Dengan rasa rendah diri saya mintak semua mendoakan kesihatan Abah saya Cikgu Zahari bin Ismail yang mengalami jangkitan kuman di paru paru.

“Sekarang berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.

“Mintak semua doakan kesejahteraan dan kesihatan Abah.

“Abah jarang sakit..tak pernah masuk hospital selama saya hidup 27 tahun..doakan abah saya ye…,” tulis Furhan di ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat terus menitipkan dedikasi serta mendoakan agar bapa penyanyi ini segera sembuh.

Foto: Instagram Furhan Xpose

Published by
MH