Abby Abadi berkongsi khabar gembira apabila kos perubatan berjumlah RM5000 berjaya diselesaikan dengan bantuan orang ramai.
Dia menitipkan kesyukuran di atas keprihatinan netizen yang berusaha agar bayi dan ibunya tidak terpisah.
“Baby Noah. Waaaaa sukahati je letak nama anak orang.. mood BCL sangat kan hihi Rinduuuu… nk baby lagii.
“Alhamdullillah atas keprihatinan bersama , Mak & Baby tak berpisah. Terima Kasih pada semua yg membantu. Hanya ALLAH dpt membalas budi baik kalian… Semoga redha ALLAH milik kita bersama… Amin.
“ps: Yg tak membantu, asyiik cari salah je tu jangan masuk sinilah.. Ni IG utk berkasih dan sayang. Yg busuk anda tidak perlukan disini ye. Tunggu Mama Yebby blocked,” jelasnya.
“Baby Noah sempat Mama bawak jumpa Abahh tadi hehe. Abah tanya buleh bawak balik ke? Sy kata mana buleh, kan Maknya sayang Baby ni.. tak mampu nak lepaskan. Sebab itu kita tolong ajak reramai bantu settlekan bilnya sbb dia tak mampu
“Terusss suami taknak pegang, tengok jauh jerr.. takut tersayang & terbawak balik hihi.. (Terlebih sangat kasih sayang kami ni hihi),” tulisnya sambil memberikan kredit pada suami tersayang.
Terdahulu, Abby memuat naik perkongsian akan kesukaran yang dialami ibu tersebut menjelaskan bil hospital dan andai tidak mampu, si kecil itu akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Foto : Instagram Abby Abadi