“Abaikan Kata Mereka Yang Iri Hati Dengan Ketokohan Sayang,” – Dai Farhan Mahu Isteri Terus Beri Manfaat Dalam Dunia Perubatan & Kesihatan

Share

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ kepada pendakwah bebas, Dai Nik Farhan dan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin yang telah bernikah pada September lalu di Mekah.

Bagaimanapun, status mereka mula didedahkan Farhan menerusi foto yang dimuat naiknya di Instagram pada petengahan November lalu atas permintaan bekas isterinya, Fatin.

Dalam pada itu, Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dilihat meraikan ulang tahun kelahiran Aerin semalam yang disambut secara sederhana.

“Kenangan yg indah tercipta pd tarikh 19 hb ni ..Sanah Helwah buat isteriku tercinta @drholisw, moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dlm hidup, dilimpahkan rezeki yg barakah, sukses selalu dunia akhirat..aamiin.

“Teruskan semangat memberi manfaat pd masyarakat dlm dunia perubatan & kesihatan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Farhan,29, meminta agar isterinya itu tidak mudah putus asa dalam kehidupan tatkala dihujani kecaman dan pandangan sinis dari orang ramai.

“Abaikan kata2 mereka yg iri hati dgn ketokohan syg dlm bidang kedoktoran. Yakin dgn Allah, kongsi kebaikan dgn kasih sayang, teruskan merawat insan2 utk mereka kembali sihat walafiat, selesa & bahagia beribadah kpd Tuhan-Nya..fii amanillah,” akhirinya. 

Menerusi foto yang dikongsikan juara program Dai musim kedua itu, dia telah merakam foto bersama isterinya sambil memberikan hadiah dengan balutan kuning keemasan.

Terdahulu, Farhan memaklumkan dia bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

Farhan turut memaklumkan turut menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain dengan talak satu.

Malah difahamkan, ketika itu Fatin sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Foto : Instagram Nik Farhan

Published by
MH