
Dimaklumkan menerusi Instagram Achey, pelawak popular Abam Bocey baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak sebentar tadi.
“Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss,” kongsinya.
View this post on InstagramKenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia selepas Subuh.
Memetik daripada Astro Awani, isteri Abam, Nor Hidayah memaklumkan arwah tidak sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya seperti yang dipetik.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan baru sahaja dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan. Arwah turut berhasrat untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.
Jenazah akan dibawa ke Tahfiz Darul Quran Al-Wildan Gombak.
Foto : Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masuk Labour Room Lepas Subuh, Menangis Tahan Sakit,” – Sari Yanti Cerita Pengalaman Bersalin, Jep Sentiasa Ada Di Sisi

Tanggal 6 Jun lalu menjadi tarikh istimewa buat pelakon Sari Yanti apabila selamat melahirkan bayi lelaki.
Memasuki hari keenam pada hari ini, pelakon kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berkongsi detik sebelum bersalin.
“Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni, tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
“6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
“Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit.
“Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan, maafkan saya) ,” tulisnya.
Berkongsi perasaan suami, Jep Sepahtu ketika itu, dia amat bersyukur kerana kedua-duanya (isteri dan anak) dalam keadaan sihat dan baik.
“Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.
“Ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang.
“Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa.
“Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I 💋@jepsepahtu .
“Mak ayah keluarga. Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah, aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada,” kongsinya.
Akui agak mencabar ketika melahirkan dalam suasana wabak pandemik yang melanda dunia,Sari memanjatkan rasa syukur kerana urusannya sangat mudah.
“Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai.
“Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah .. Allahuakbar.
“Syukur Alhamdulillah.
“Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Terdahulu, Jep dan Sari berkahwin pada Februari 2017 dan dikurniakan anak perempuan, Dariya Inara yang kini berusia dua tahun.
Sari juga mempunyai dua orang anak, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq melalui hasil perkahwinan terdahulu.
View this post on InstagramA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
View this post on InstagramMy Love and I . Dengan family yang dah lama tak jumpa n rindu sangat 😭😭😭
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Foto : Instagram Sari Yanti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ameera Khan Mula Pakai Baju Longgar & Bertudung, Semua Doakan Yang Baik-Baik! – “Semoga Allah Sentiasa Memilihmu Adikku Sayang.”

Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.
Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.
Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’
Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.
Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.
“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.
Sementara itu, pengguna Instagram turut memuji kecantikan remaja berusia 21 tahun sekaligus mendoakan agar dirinya terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.
Foto: Instagram Ameera Khan, Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hampir-Hampir Masuk Ke OT Untuk Dibedah,” – Kuasa Allah Akhirnya Dapat Bersalin Normal, Yatt Hamzah Selamat Timang Anak Lelaki Sulung

Tahniah diucapkan buat pelakon Yatt Hamzah yang telah pun selamat menimang cahaya mata keenamnya pada Sabtu.
Yatt berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram pada Ahad.
“Jam 11 mlm semalam hampir2 masuk ke OT utk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat2 akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad.
“Pengalaman yg LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!,” tulisnya.
Sambil mengucapkan terima kasih atas doa semua, Yatt turut bersyukur kerana dia dikurniakan putera sulunng.
“Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu2nya anak LELAKI.
“Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yg tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.
“Paling utama doa suami. Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pd jam 11.16 mlm ini. Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah.
“Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yg Soleh, Pejuang Agama. In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA,” kongsinya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI