Dimaklumkan menerusi Instagram Achey, pelawak popular Abam Bocey baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak sebentar tadi.

“Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss,” kongsinya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia selepas Subuh.

IKLAN

Memetik daripada Astro Awani, isteri Abam, Nor Hidayah memaklumkan arwah tidak sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

IKLAN

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan baru sahaja dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan. Arwah turut berhasrat untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Jenazah akan dibawa ke Tahfiz Darul Quran Al-Wildan Gombak.

Foto : Instagram Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI