Seringkali kita mendengar kes penipuan tentang bakal-bakal jemaah yang mahu ke tanah suci bagi menjalankan ibadah umrah ataupun haji oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini, pelawak popular, Abam Bocey juga turut menjadi salah seorang mangsa yang ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah dan terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

Abam menerusi laporan Harian Metro berkata, dia sudah membuat bayaran penuh kepada syarikat terbabit untuk dirinya dan dua ahli keluarganya yang lain. 

IKLAN

Katanya lagi, sepatutnya dia sudah berlepas ke tanah suci pada bulan Disember tahun lalu.

IKLAN

“Selepas membuat bayaran penuh, pemilik syarikat terbabit menunda beberapa kali tarikh penerbangan membuatkan saya berasa tidak sedap hati.

 

“Selepas itu, pemilik syarikat terbabit terus senyap sehingga sekarang. Sepatutnya saya dan ibu bertolak pada 5 Disember lalu, bagaimanapun impian kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama musnah,” katanya kepada Harian Metro.

Walau bagaimanapun, Abam berkata dia tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat tersebut dan reda dengan apa yang sudah terjadi.

IKLAN

“Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya reda dan percaya setiap berlaku ada hikmah disebaliknya.

 

“Barangkali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan ibadah. Insya-Allah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

MH doakan segala urusan Abam untuk membawa ibu tersayang menunaikan umrah nanti dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI