Satu perkongsian balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali di laman TikTok menimbulkan perasaan sebak apabila wanita itu secara kebetulan ternampak kereta yang pernah menjadi milik suaminya meluncur di jalan raya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian berkenaan, Hidayah menjelaskan, arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pernah berkata kenderaan mewah jenis Vellfire itu dibeli untuk keselesaan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah.
“Hanya tinggal kenangan… kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini lah kereta ayah.
“Ayah (Abam) pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
“Doakan bisnes ibu berjaya,” tulis Hidayah beserta hashtag #hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Hidayah dimurahkan rezeki agar dapat memberikan kehidupan selesa buat anak tunggalnya.
“InsyaAllah ada rezeki kak. Kami sentiasa doakan kesejahteraan keluarga akak.
“Tidak mengapalah Dayah, awak tunjukkan pada mereka awak pun boleh berjaya dengan usaha awak sendiri.
Ads
“Sedih betul. Kalau kita rasa dugaan kita besar. Ada lagi yang lalui lebih besar daripada kita.
“Tidak mengapa sis. Doa orang teraniaya Allah akan makbulkan.
Ads
“Tidak mengapa dik, itu harta dunia. Harta arwah itu adalah awak dan anak dia. Saya sentiasa mendoakan kamu hingga ke jannah,” tulis warga maya.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu merupakan antara aset yang berjaya dibeli arwah Abam sepanjang hampir lapan tahun menceburi bidang seni lawak dan komedi tempatan.
Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Abam meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah Mohd Ali, 31, dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Norhidayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengumuman pengacara Neelofa yang mengumumkan berundur dari MeleTOP secara langsung menerusi rancangan berkenaan nyata mengejutkan ramai pihak.
Lalu pastinya, pengumuman berkenaan sekali gus menjawab spekulasi ramai selepas usahawan berjaya itu dikhabarkan bakal menarik diri selepas tujuh tahun dan lapan musim bersama program terbabit.
Neelofa sudah pun menjelaskan sebabnya menerusi sidang media khas yang diadakan sejurus tamatnya episod MeleTop, malam tadi.
Sementara itu, rakan hos, Nabil Ahmad turut memberikan reaksi terhadap keputusan yang dibuat Neelofa.
Katanya kepada MH, sejujurnya dia agak terkesan dan belum bersedia untuk meninggalkan rancangan hiburan terbabit.
“Bila Lofa buat pengumuman tersebut, saya agak terkesan. Neelofa sudah pun sampai masanya, dia sudah nak ‘move on’ dari MeleTop. Macam mana dengan aku pula nanti. Saya bimbang kalau saya menangis gila-gila.
“Bila tiba saya punya giliran dan waktu itu akan sampai juga. Saya tak bersedia dan saya tidak akan terbuka macam Lofa untuk terima hakikat tersebut. Rasanya saya akan ‘frustlah’ kot.
“Saya sensitif… Lagi pula saya memang sayang dengan program ini dan setiap Selasa, kami akan berikan sepenuh jiwa raga. Buat sehabis boleh untuk jadikan MeleTop menarik tiap episod. Jadi bila penonton kata seronok, saya dapat kepuasan daripada situ,” jelasnya jujur.
Terdahulu dua pasangan pengacara ini pernah membuat pengumuman menarik diri daripada menyertai pencalonan Anugerah MeleTop, tahun ini dan keduanya sudah pun menggalas tugas sebagai hos MeleTop sejak tahun 2012.
Ikuti sedutan temubual bersama mereka di sini;
#MHLive, pc MeleTOP selepas Neelofa umum tinggalkan setnya, selepas 7 tahun dan 8 musim.
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, December 3, 2019
#MHvideo “Wow…,” – itu reaksi awal Nabil bila Lofa umum undur diri dari MeleTop selepas 7 tujuh tahun
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, December 3, 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...