Baru-baru ini, penyanyi Rosma ada memaklumkan dirinya telah dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengalami jangkitan di bahagian paru-paru, pada Ahad lalu.
Difahamkan, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapatkan rawatan di sebuah Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, suami kepada Rosma iaitu Khai atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Nizam ada menitipkan doa agar isterinya diberi kekuatan dan kembali sihat seperti sedia kala.
“Menemani isteriku tercinta. Abg doakan semoga sayang cepat sembuh & dipermudahkan segalanya. InsyaAllah… Amin…
“Sayang seorang yg kuat, first time admit sepanjang perkenalan & perkahwinan kita,. Anak2 pun terkejut selalunya daddy yg admit.
“Allah uji ikut kemampuan hambaNya. Terima kasih diatas Doa yang baik2 drpd kalian semua buat isteri sy. Hanya Allah shj dpt membalasnya. Amin… #KhaiRosma #TerimaKasih #SyukurAlhamdullillah #Allahuakbar,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama ini dipermudahkan segalanya.
Terdahulu, Rosma telah mendirikan rumah tangga bersama Khai pada April 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5 dan Nur Alya Dhania, setahun.
Foto: Instagram Khai Rosma