Penyampai radio Hot FM, Fizie ada memuat naik satu rakaman video viral di laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak bawah umur sedang menunggang sebuah motorsikal.
Lalu, Fizie meluahkan rasa bimbang sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada kanak-kanak tersebut.
Bukan itu sahaja, Fizie turut berharap ibu bapa lebih peka dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak.
“Adusss..anak sapa la ni..kalau jadi apa-apa macam mana?? Siapa pulak nak dipersalahkan?? Naya pak karim.
“Abg dulu sekolah menengah nk sentuh motor pun kena marah dik. Ni naik motor siap tak pakai helmet! Bahaya.
“Minta ibu bapa lebih prihatin dan sentiasa pantau pergerakkan anak anak!
“Sekian pesanan khidmat masyarakat daripada saya bekas Mat Rempit #bawakmotorkenaadalesen #dontsaybrothernotumbrella #umbrellamung,” tulisnya.
Sehingga kini, video yang dimuat naik sudah pun ditonton lebih 11,000 kali.
Video: Instagram Fizie Hot FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Tiada Siapa Suka Dimalukan Di Social Media,” – Rupanya Mimi Fly, Antara Wakil NGO Buat Laporan Polis Perilaku Aliff Syukri
Mimi Fly telah memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video dimuat naik Datuk Aliff Syukri di Instagram.
Ia semuanya berhubung tindakan usahawan selebriti itu yang bertindak memukul anak perempuannya, Qadeja gara-gara membuka tudung.
Lalu, mereka menegaskan isu memalukan di khalayak umum menjadi satu kebiasaan sehingga menyebabkan berlakunya penderaan emosi.
Malah, penyanyi wanita ini turut berkongsi fakta mengenai penyakit mental yang merupakan sakit kedua paling kritikal selepas sakit jantung.
“Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara.
“Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”.
“Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur.
“Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri.
“Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life?,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on
Di ruangan komen, beberapa selebriti lain turut memberikan komen atas tindakannya.
Walaupun ramai yang menyokong, namun segelintir juga meminta agar penyanyi berkenann tidak mencampuri urusan seorang bapa mendidik anaknya.
Foto : Instagram Mimi Fly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Hadiahkan Seutas Jam, Letak Di Sebelah Al-Quran, Ustaz Ebit Lew Gembira, “Syukur Bila Makan Berjemaah Dalam Dulang”
Mengucapkan rasa syukur atas kurniaan dari Yang Maha Esa, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 bersama keluarga tercinta.
Lebih indah apabila isterinya telah memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas jam yang diletakkan bersebelahan Al-Quran.
“Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir.
“Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut berasa rindu untuk berdakwah kepada remaja terbiar di bawah jambatan dan lorong-lorong seperti yang pernah dilalkukannya sebelum ini.
“Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah.
“Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluarga sunnah di Maeps Serdang.
“Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Menerusi video yang dikongsikannya itu, memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ebit yang saling menyuap makanan kepada isteri dan anak-anaknya.
Sekali gus telah mendapat setengah juta tontonan dan ribuan komen.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video : Instagram Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Penting Awak Sihat, Jangan Sedih,” – Tak Ada Rezeki, Isteri Fazreen Rafi Keguguran
Pelakon, Fazreen Rafi memaklumkan isterinya, Syarifah Marlina Ashikin telah mengalami keguguran cahaya mata kelima yang sudah mencecah usia 10 minggu.
Menerusi entri yang dikongsi di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini akur dengan ketentuan Ilahi.
“Alhamdullillah segalanya dipermudahkan, wife faz baru lepas D&C (gugur) bukan rezeki kita.
“Yang penting awk sihat sygku.. luv u, jgn sedih2 ye @symarlina,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat kepada isteri Fazreen agar tabah menghadapi ujian ini.
Sekadar informasi, Fazreen mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqeen Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.
Foto: Instagram Fazreen Rafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI