Sebelum ini banyak perdebatan mengenai perkongsian di laman sosial yang kononnya lebih banyak membawa pengaruh negatif berbanding positif.
Namun begitu, jika sesebuah perkara yang dikongsikan baik, pastinya ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat buat orang lain.
Begitulah hal yang mungkin dirasakan pelakon, Harris Annuar atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar yang gembira apabila perkongsiannya mengenai solat sebelum ini telah membuka hati seorang pengikutnya.
Menerusi muat naik di laman Instagramnya, bintang berusia 29 tahun ini berkongsi tangkap layar perbualan menerusi Direct Message (DM) bersama pengikutnya.
Individu berkenaan berterima kasih atas perkongsian kerana telah menjadi asbab untuknya terus mendirikan solat.
View this post on Instagram
“Salam bang, saya hanya nak beritahu yang abang jadi orang tengah, Allah hantarkan supaya saya start untuk solat.
“Saya dah konsisten empat tahun dah. Thank you buat video yang abang cakap untuk start je solat.
“Saya ikut dan Alhamdulillah… lama-lama biasa,” tulis individu berkenaan.
Tersentuh dengan mesej terbabit, bekas finalis Hero Remaja 2017/18 itu turut menasihatkan netizen agar sentiasa memilih untuk menyebarkan kebaikan yang dapat manfaat buat semua orang.
“Awaklah saham akhirat saya, so geng ia sama ada kita sebarkan kebaikan atau mengaibkan diri sendiri. Pilih dengan bijak,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/kwCxDn1XjM4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI