
Pelakon, Amar Baharin mededahkan dirinya telah diganggu oleh seorang peminat psyco di laman Instagram.
Menurut suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu, para ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti anak-anak mereka terutamanya di media sosial.
Rasa bimbang itu diluahkan oleh Amar memerusi sebuah tweet di laman Twitter miliknya.
“Dapat jemputan pergi U.S.A America Syarikat yeahhh.Siapa nak ikut? Jom, Waze boleh sampai tak?
“Haishhh sbb tu pentingnya mengawal penggunaan smartphone utk anak2,” tulisnya.
Individu tersebut telah merayu dan mengajak Amar untuk melakukan seks bersama di kediamannya di Amerika Syarikat.
Melihat komen tersebut, ini respon yang diberikan oleh Amar;
“Cantik. Bagi alamat penuh kau aku datang sekarang. Bapak kau tak marah ke? Aku pon teringin nak pergi USA,” katanya.
Dapat jemputan pergi U.S.A America Syarikat yeahhh ???? ? ? ?Siapa nak ikut? Jom ? Waze boleh sampai tak?
(Haishhh sbb tu pentingnya mengawal penggunaan smartphone utk anak2) pic.twitter.com/q6hGQBh70x
— Amar Baharin (@amarbaharin) November 21, 2018
Bagi MH, perkara tersebut bukanlah satu bahan jenaka kerana ianya berkemungkinan boleh mengganggu keharmonian para selebriti terutamanya bagi telah berkeluarga. Betul tak?
Foto/Instagram: Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Masih Terkejut,” – Biarpun Alami Keguguran, Jessie J Tetap Mahu Meneruskan Persembahan

Siapa sahaja yang tidak sedih jika kehilangan anak akibat keguguran. Apatah lagi, kandungan tersebut sudah sekian lama dinantikan. Inilah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Jessie J.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, pelantun lagu Bang Bang ini membuka cerita tentang keguguran yang dialami. Menurutnya, kelmarin dia sempat bergurau dengan temannya tentang bagaimana keadaannya apabila membuat persembahan di LA tanpa memberitahu seluruh penonton yang dia sebenarnya mengandung.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, selepas melakukan imbasan ketiga terhadap kandungannya, tiada degupan jantung dapat didengari.
“Selepas pergi untuk imbasan ketiga saya dan diberitahu tiada lagi degupan jantung, pagi ini rasa saya tidak dapat mengawal emosi. Saya mungkin menyesal menyiarkan ini ataupun tidak. Saya sebenarnya tidak tahu.
“Apa yang saya tahu ialah saya mahu menyanyi malam ini. Bukan kerana saya mengelakkan kesedihan, tetapi kerana saya tahu menyanyi malam ini akan membantu saya. Saya telah melakukan dua persembahan dalam masa dua tahun dan jiwa saya memerlukannya. Lebih-lebih lagi hari ini. Saya tahu sesetengah orang akan berfikir saya patut membatalkannya.
“Tetapi pada masa ini saya mempunyai kejelasan mengenai satu perkara. Saya mula menyanyi ketika saya masih muda untuk kegembiraan, untuk mengisi jiwa saya dan terapi cinta diri, itu tidak pernah berubah dan saya perlu memproses apa yang terjadi dengan cara saya.
“Saya mahu jujur, bersikap benar dan tidak menyembunyikan apa yang saya rasa. Saya layak untuk berperasaan begitu. Saya mahu menjadi diri saya seperti yang saya boleh pada masa ini. Bukan hanya untuk penonton tetapi untuk diri saya dan bayi kecil saya yang melakukan yang terbaik.
“Saya tahu diri saya dan saya tahu saya akan bercakap mengenainya di atas pentas kerana itulah saya. Oleh itu, bukannya ucapan emosi yang sebak cuba menerangkan tenaga saya. Ini terasa lebih selamat,” kongsinya penuh emosi.
Penyanyi berusia 33 tahun ini menjelaskan yang kandungan tersebut adalah keputusannya untuk memiliki bayi sendiri dan pengalaman sepanjang kehamilan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
“Saya memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri. Kerana itu semua yang saya inginkan dan hidup ini singkat. Untuk hamil adalah satu keajaiban dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan saya tahu saya akan alami lagi. Saya masih terkejut, kesedihan yang teramat sangat.Tetapi saya tahu saya kuat, dan saya tahu saya akan baik-baik saja.
“Saya juga tahu berjuta-juta wanita di seluruh dunia telah merasakan kesakitan ini malah ada yang lebih teruk. Saya rasa berhubung dengan mereka yang saya kenali dan mereka yang tidak saya kenali. Ia adalah perasaan paling sunyi di dunia. Jadi saya akan jumpa awak malam ini LA. Saya mungkin kurang bergurau malam ini tetapi hati saya akan berada di situ,” ujarnya.
Nampaknya penyanyi ini memang kuat semangat dan keputusannya untuk terus menyanyi adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dari segi emosi. Dia dijangka menyanyi pada 24 November, 9.30 malam (waktu Los Angeles) ataupun hari ini bersamaan pukul 1.30 petang (waktu Malaysia).
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jessie J
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selagi Orang Tak Tanya, Saya Tidak Akan Beritahu,” – Dakwa Pernah Dilayan Buruk Pelakon Senior, Hariz Hamdan Tak Selesa Dedah Umur Sebenar

Langkah Hariz Hamdan dalam bidang lakonan semakin menyinar selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 apabila wajahnya kini dilihat banyak menghiasi drama tempatan.
Berbekalkan dua tahun pengalaman, Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 20, berkata ada pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh tersebut.
Menceritakan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya, Hariz mendakwa dia sebelum ini dia pernah dilayan buruk oleh beberapa pelakon senior hanya kerana umurnya yang masih muda.
“Sebelum ini ada segelintir artis yang layan saya buruk kalau saya dedahkan umur.
“Bila saya masuk set pada hari pertama, saya borak macam biasa dengan dia tapi bila start saya beritahu umur saya, mereka macam kurang berinteraksi dengan saya.
“Boleh kata ibaratnya macam saya tak sama level dengan mereka.
“Benda ini beri kesan pada emosi saya sebagai pelakon sebab kita nak sparring dan kita nak jadi selesa dalam set penggambaran.
“Bila mereka buat macam itu ia sedikit sebanyak beri kesan kepada saya.
“Sebab itu sekarang bila setiap kali saya masuk set sahaja, selagi orang (pelakon lain) tak tanya umur, memang saya tidak akan beritahu. Itu tips saya sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan terbaharu, Hariz kini sedang sibuk dengan penggambaran filem seram, Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan.
Selain Hariz, filem terbitan AN Universal itu turut dibintangi Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Supayah, Amy Nur Tinie dan Nick Syaf.
Menceritakan pengalamannya, Hariz berkata dia selesa bergandingan dengan nama-nama besar seperti Janna, Sakinah dan Hafreez yang tidak lokek dalam memberikan ilmu lakonan.
“Sebelum ini saya dah banyak kali pegang watak Mr. Charming, takkan asyik nak pegang karakter sama sahaja kan.
“Sebab itu saya ambil watak ini, nak step up dalam karier lakonan saya. Watak saya dalam filem ini memang sangat-sangat lain daripada yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Kalau nak tahu, kena tengok filem ini nanti,” katanya.
Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy (Janna) seorang kurator balai seni, mendapat satu kad jemputan ke perkahwinan Lisa (Jasper), sahabat lamanya dari universiti. Ivy memujuk
tunangnya, Norman (Hafreez) untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan mewah itu dibuat di sebuah banglo jauh di atas bukit kawasan peranginan yang terasing.
Tiba di sana, Norman bertemu dengan rakan sekolahnya Rania (Sakinah), Sofia (Tinie) dan Adam (Nick Syaf).
Merasakan pengunjung lain belum tiba, mereka memutuskan untuk mencari Lisa di dalam banglo. Kejadian ngeri lima sahabat itu bermula apabila mereka menjumpai mayat Lisa
tergantung dalam sebuah bilik.
Dalam keadaan panik mereka cuba ingin mendapatkan bantuan tetapi kesemuanya kereta mereka tidak dapat dihidupkan dan hari mulai gelap.
Mereka terpaksa memutuskan untuk tinggal di dalam banglo tersebut.
Satu demi satu kejadian ngeri berlaku, seorang demi orang mati dalam keadaan ngeri.
Apakah sebenarnya misteri yang menyelubungi kematian Lisa dan lain-lain? Sama-sama nantikan Jemputan Ke Neraka yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hariz Hamdan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ada Anak Dah Masuk Darjah 3,” – 9 Tahun Berdua, Izzue Islam & Isteri Rai Ulang Tahun Perkahwinan

Tanggal 2 Jun setiap tahun menjadi hari istimewa buat pelakon dan penyanyi, Izzue Islam kerana ia merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan serta kelahirannya.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, menitipkan ucapan bagi menzahirkan hari istimewanya itu.
“Hari ini (2 Jun) usia meningkat lagi dan sembilan tahun berkahwin.
“Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah hehe… terima kasih kepada semua yang mendoakan Izzue dan Awin Nurin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruang komen, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen sambil mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata kelak.
“Happy anniversary boh. InsyaAllah tak lama lagi tu nak boleh anok doh tu,” tulis Fizo Omar.
“Happy birthday boh Izzue. Semoga Allah kurniakan zuriat pada kalian. InsyaAllah. Jom aminkan ramai-ramai,” tulis Ryzal Ibrahim.
“Happy anniversary to the both of you,” tulis Alif Satar.
“Happy abang Izzue Islam! Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia di samping isteri tercinta kak Awin,” tulis Azzam Sham.
Bekas ahli kumpulan Forteen ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI