Perkongsian beberapa keping foto di Instagram pelakon, Datuk Aaron Aziz mengundang perhatian netizen.
Masakan tidak, foto yang merakamkan anaknya, Dahlia Arissa, 9, yang seakan-akan mengalami kecederaan dengan wajah yang dilihat cedera berlumuran darah dan jari tengahnya yang dilihat putus.
Bagaimanapun, pelakon terbabit menjelaskan rupanya ia hanyalah kesan solekan semata-mata yang dilakukan sendiri anaknya.
“My little talented 9years old @dahliaarissaaaron learned to do special effects by herself.
“And for me as someone who is use to these make up effects , she did a very very good job. Keep it up Adik!! #aaronazizfamily #Abgpadamulanyaterkejutberuk#Abgsikitlagidapatheartattack #Abgbanggadgnanak##AnakAbgzombie #AbgBapakzombie,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan hasil kreativiti yang dihasilkan kanak-kanak berusia 9 tahun itu, termasuk rakan selebriti.
Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 15 dan Dwi Ariana, 13.
Foto: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ini nama pelakon, Emma Maembong sedang hangat diperkatan pengguna media sosial gara-gara membuat pengakuan berani sudah tidak bertudung sejak empat hari lalu.
Terdahulu, viral beberapa keping foto di samping abang kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.
Apa pun, MH bariskan 10 fakta menarik mengenai heroin telemovie, Kimchi Untuk Awak ini.
Menggunakan nama Emma Maembong sebagai nama komersial, tetapi nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani Binti Ismail Maembong, dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu.
Bapa Emma, Ismail Maembong merupakan pelukis senior Melayu manakala ibunya pula, Yatimah Zainab pula berketurunan Scotland. Jadi, tidak hairanlah mengapa Emma punyai wajah pan-Asian.
Ads
Sementara itu, Emma turut dibesarkan di dalam keluarga besar dengan memiliki 11 orang adik beradik. Malah ada di antara adik-beradiknya yang turut bergiat aktif dalam bidang seni seperti kakak dan adiknya, Yaya Maembong dan Chacha Maembong.
Sebagai menghargai karya keluarganya, Emma telah menubuhkan sebuah galeri seni yang diberi nama Galeri Seni Maembong.
Sementara itu, Emma turut membuat keputusan untuk mengenakan hijab sepenuhnya pada 2014. Malah, keputusan tersebut telah disambut baik terutamanya peminat pelakon tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Emma mengakui dirinya tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selain mengikuti pengajian dari rumah. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat pelakon tersebut yang percaya rezeki ada di mana-mana sahaja selagi adanya usaha.
Sebelum ini, Emma pernah dikatakan rapat dengan beberapa selebriti seperti Zizan Razak dan Kamal Adli.
Sepanjang penglibatan Emma di dalam dunia seni, pelakon tersebut telah memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH ke-30 dan Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH setahun sebelumnya.
Ads
Seterusnya, antara karya lakonan Emma Maembong yang sinonim Kimchi Untuk Awak, Warewolf Dari Bangladesh dan banyak lagi.
Emma turut membintangi beberapa drama seperti Isteri Separuh Masa, Projek Memikat Suami dan macam-macam lagi.
Aktres jelita ini juga mesra dengan adiknya Ahmad Maembong yang juga merupakan Orang kelainan Upaya (OKU). Keakraban mereka sering dikongsikan di media sosial yang sering menarik perhatian netizen dek kerana aksi keduanya.
Sumber: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh,36, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya,25, pada Selasa dengan sekali lafaz.
Majlis perkahwinan telah dilangsungkan sederhana tetapi meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang, kira-kira jam 9.00 malam.
Menurut Intan, Aizam seorang penjawat awam dan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya.
“Sejujurnya kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas enam bulan berkenalan. Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini.
“Alhamdulillah, hubungan berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis raja sehari kami dipermudahkan,” katanya.
Intan menjelaskan, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dia dan anak-anak.
“Sepanjang mengenali Aizam, saya melihat suami sebagai lelaki yang berbeza daripada yang lain. Maksudnya, daripada segi layanan Aizam terhadap anak-anak saya selain dia seorang penyabar.
“Malah, dia juga seorang yang pemaaf dan cukup mengambil berat,” katanya.
Meski usia mereka berbeza 11 tahun, Intan menyifatkan suami sebagai lelaki yang matang.
“Bagi saya usia bukan penghalang sama ada muda atau sebaliknya. Jika lelaki itu berusia sekalipun, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan.
“Yang penting masing-masing tahu tangunggjawab selepas bergelar bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami insya-Allah,” katanya.
Intan pada masa sama turut mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.
“Apa yang saya doakan, semoga hubungan ini akan berjalan dengan aman damai dan diredai Allah SWT,” katanya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata awal.
Terdahulu, Intan Liana ialah bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude sebelum ini turut dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4 tahun.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Seronok layan orang acah-acah bagus ni sebab saya sedar saya tak bagus dan bodoh,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram yang dikemas kini.
“Jadi, bila saya layan orang yang acah-acah bagus ni, baru saya tahu yang ada lagi bodoh dari saya,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihati Rita supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif.
“Saya pun suka simpan sikit orang-orang macam ni dalam hidup saya. Seronok tengok orang-orang bodoh macam ni.
“Saya tetap minat awak. Orang yang bijak pandai. Jangan cakap awak bodoh. Tak sesuai dengan awak.
“Ramai yang acah-acah bagus tapi bodoh. Jadi, bila kita acah-acah bodoh, depa lagi bodoh rupanya.
“Memang akan ada orang macam ni. Sekali sekala melayan syok juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Bagaimanapun, sehingga kini, Rita tidak menjelaskan secara terperinci motif dia memuat naik hantaran sedemikian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...