
Abang kepada penyanyi, Stacy Anam iaitu Chaq, 35, dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh adik lelakinya, Aldrich yang menjaga Chaq di hospital.
“Abang saya sudah tiada,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Mstar pula melaporkan, pihak keluarga kini sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mendiang ke Penampang, Sabah dan berkemungkinan akan dikebumikan pada Rabu.
“Kami tak dapat mencari penerbangan pada hari ini (Selasa). Jadi, kami terpaksa tunggu sehari lagi.
“Stacy pula akan terus pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu,” kata Aldrich seperti yang dipetik.
Terdahulu, Chaq telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari yang lalu akibat kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.
Menurut keluarganya semalam, Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan.
Doktor turut memberitahu mereka untuk terus berdoa memandangkan keadaannya yang tidak menentu pada ketika itu.
Selain itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.
Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah serta hati dan buah pinggangnya juga terkesan.
Sekadar informasi, Chaq merupakan bekas peserta program realiti Mentor musim ketiga pada 2009.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Harian Metro & Mstar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lagi Elok Tak Glamor, Makan Roti Canai Tepi Parit,” – Elak Fitnah, Faezah Elai Tenang Jalani Hidup

Berkongsi artikel Berita Harian, pelakon Faezah Elai mengakui lebih tenang hidup tanpa dunia glamor.
Katanya seperti yang dipetik, kesibukan rumah tangga dan perniagaan produk kecantikan sudah cukup membuatkannya tidak menang tangan.
Namun, antara punca utama dia lebih senang menyendiri daripada dunia lakonan adalah kerana kritikan melampau netizen.
“Rasa dh bertahun tahun tk masuk paper ?? maklumlah suam2 kuku ?
“Lg elok tk glamour,nk mkn roti canai tepi parit ka tepi jln ka,senang sapa pon tk kenai.. Ni hakak dok diam qernyeh mcm kerang busuk pon ampa kata hakak buat muka..
“Parah dh org melayu kita ni,sembang pasai agama ulama pon kalah,bila bab fitnah mengata org,syaiton pon angkat bendara surrender,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Ulasnya lagi, privasi keluarga amat penting dan atas sebab itu dia jarang berkongsi perihal suami dan anak.
“Bukan sahaja di ruangan sendiri, tetapi setiap kali membawa komen yang ditinggalkan di akaun media sosial artis lain, saya jadi takut.
“Mereka bercakap apa sahaja tanpa memikirkan kesannya. Saya pula lebih mementingkan privasi dan jarang berkongsi foto suami dan anak.
“Apabila melihat saya jarang berkongsi gambar suami, mereka dengan selamba membuat kesimpilan, kami sudah bercerai,” kongsinya lagi.
Peribahasa dahulu, pena lebih tajam daripada mata pedang. Kini papan kekunci lebih tajam daripada pedang.
Terlalu ramai ‘malaikat pencatit dosa’ yang sentiasa mencari kesalahan insan lain. Semoga berkat bulan Ramadan ini, kita berubah ke arah kebaikan.
Foto : Instagram Faezah Elai & Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Juga Antara Peminat Yang Minat Lagu-Lagu Saya,” – Pernah Bercakap Soal Hadiah Anak, Tok Ti Imbau Kenangan Bersama Arwah Siti Sarah

Seminggu berlalu, masih ramai yang terkesan dan berduka dengan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi meninggalkan kita semua ke negeri abadi pada 9 Ogos lalu.
Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran di TV3 pada Ahad, rakan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza atau antara selebriti yang telah ditemubual secara virtual bersempena segment ‘Tribute: Tiada Lagi Siti Sarah’.
Di samping berkongsi detik perkenalan bersama arwah, Siti menyifatkan arwah Sarah sebagai seorang yang suka bersedekah dan mengembirakan orang lain.
“Kalau nak diceritakan kenalan saya dengan arwah Siti Sarah, saya betul-betul mula nampak dia dalam pertandingan Bintang RTM 2001. Dia juga antara peminat yang minat lagu-lagu saya, dia pernah sempat pergi ke konsert jelajah saya pada 3 tahun lepas.
“Dia memang suka nak bagi hadiah. Saya ingat lagi, masa saya mengandung bayi lelaki dia pernah tanya apa hadiah yang Kak Iti belum ada untuk bayi dia nak bagi.
“Lepas tu saya kata saya tak tahu lagi nak hadiah apa, nanti kalau Kak Iti terfikir nanti baru Kak Iti bagi tahu. Itulah antara perbualan Direct Message (DM) saya dengan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Siti turut memberikan penjelasan terhadap satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan dirinya seakan tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di sebuah rakaman persembahan secara virtual.
Akui ibu kepada dua cahaya mata ini, dia tidak dapat meneruskan rakaman tersebut kerana berasa sedih dengan berita pemergian arwah Siti Sarah buat selamanya.
“Hari itu adalah hari perginya arwah Siti Sarah dan di media sosial semuanya cerita yang indah mengenai dirinya. Kebetulan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memang kena sangat, ya Allah saya tak boleh nak cakap macam mana perasaan saya.
“Daripada awal saya tengok berita saya kata ya Allah macam mana saya nak nyanyi ni? Saya dah lah ada kerja kan, bila cerita tentang arwah Sarah meninggal automatik dia terbayang. Saya terasa sangat tu sebab dia pergi tu dengan sangat indah sekali.
“Sarah salah seorang yang Allah bagi dia keistimewaan sebab itulah saya tumpang gembira sebenarnya dengan pengakhiran dia yang baik,” katanya lagi.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baru Lepas Muntah Satu Hidangan Makan Malam. Orang Kata…,” – Hanis Zalikha Kongsi Pengalaman ‘Morning Sickness’

Pelakon, Hanis Zalikha berkongsi pengalamannya berdepan dengan ‘morning sickness’ saat mengandung anak keduanya.
Kongsinya lagi, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu juga berpengalaman sama ketika mengandungkan Yusuf Iskandar dulu.
“Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya.
“Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
“Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah.
“Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat. Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat.
“Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir.
“Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
“Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan.
“Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.
“Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
“Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua.
“Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol. Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi.
“Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat2. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Sebelum ini, Hanis dan suaminya, Hairul Azreen mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi laman Instagram, minggu lalu.
Foto/Instagram: Hanis Zalikha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI