
Penyanyi Datin Alyah, 41, kehilangan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan yang telah pergi mengadap Illahi, pagi tadi.
Isteri kepada Datuk Ramli MS itu memaklumkan berita mendukacitakan itu menerusi Instagram.
Menerusi ruangan kapsyen, Alyah mendoakan semoga roh abangnya dicucuri rahmat dan ditempatkan pada kalangan orang-orang yang beriman.
“Assalammualaikum semua. Abang sulung saya Mohammad Fadzil Abu Hassan sudah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.
“Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, amin Ya Rabb,” tulisnya.
Perkongsian Alyah dengan latar foto kosong berwarna hitam itu menjelaskan dia dan keluarga kini dalam kesedihan akibat kehilangan insan tersayang pada 17 Ramadan yang juga sempena Nuzul al-Quran.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat mengucapkan takziah kepada Alyah sekeluarga dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

Penyanyi dan komposer, Yuna, 38, menyifatkan perjalanan seninya selama hampir dua dekad membuka mata bukan sahaja di dalam dunia muzik, tetapi juga terhadap perkembangan fesyen semasa.
Malah, peluang untuk mengembangkan karier seni di Amerika Syarikat turut memberi peluang kepadanya untuk meneroka pelbagai perkara baharu dan dia terbuka melihat evolusi fesyen selebriti khususnya.
“Dulu apa sahaja yang saya pakai ketika menghadiri majlis anugerah misalnya, pasti akan kena kritik. Malah kalau pakai ‘biasa-biasa’ pun kena. Namun saya faham sebab kebanyakan warganet ada sahaja yang mahu dikomen.
“Bagaimanapun sekarang, situasi tersebut lebih terbuka. Ada sesetengahnya yang mahu mencuba fesyen terbaru dan melihat apa kesannya.
“Ambil contoh seperti penyanyi Aina Abdul. Setiap kali dia muncul membuat persembahan kita sudah boleh jangka apa yang dia bakal tampilkan. Sesuatu yang baru dan ‘crazy’.
“Bagi saya, kita perlukan perkara sedemikian dalam industri. Sebelum ini siapa yang berani buat begitu, tiada siapa. Jadi pada saya, ia sesuatu yang bagus bila Aina buat begitu sekaligus buat peminat maklum itu dia punya identiti,” katanya.
Mengulas sikap warganet yang sering menyerang fesyen pelik dan di luar kotak yang sering digayakan penyanyi lagu Sepi itu, Yuna berharap, Aina tidak patah semangat.
“Dia mencipta ‘art’ dalam kerjayanya dan dia seorang yang berani. Saya juga ada dengar orang bercakap dan beri komen negatif terhadap penampilannya yang lain daripada lain.
“Bagi saya, Aina perlu teruskan sahaja dan jadi diri sendiri. Just have fun, itu sahaja. Kita seorang yang sukakan seni dan fesyen,” katanya lagi.
Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi Kempen Yuna For Abu KLFW24 di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Yuna juga memilih untuk menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama pro-Israel dan percaya kepada rezeki dalam seni.
“Alhamdulillah, setakat ini, rezeki saya masih ada dan semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Saya dan suami percaya rezekiNya. Hanya mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin sahaja akan lebih memahami.
“Saya sendiri setiap hari melihat video kekejaman yang berlaku di Palestin. Saya perlu bertegas kerana memiliki ramai peminat dan semestinya perlu menunjukkan teladan yang baik.
“Itu cara saya dan kalau ada selebriti lain yang masih ingin bekerjasama, itu terpulang kepada mereka. Setiap orang ada jalan hidup mereka sendiri.
“Malah sebelum ini, saya ada menolak bekerjasama dengan jenama yang saya rasakan tak selari dengan imej seperti syarikat rokok dan alkohol,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yuna berbangga menggayakan koleksi terkini pereka fesyen dan penata gaya terkenal tempatan, Abu Shaef Hamza sempena penganjuran Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW24) antara 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Lelaki ‘Idaman’ Yang Mampu Curi Hati Sharifah Rose?

Isi Kandungan
TogglePelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
Rose Akui, Tak Pernah Terlibat Cinta Lokasi
“Saya bersikap profesional dan tak mahu menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Sebagai wanita bekerjaya, saya perlu bersikap profesional sewaktu melakonkan watak yang dipertanggungjawabkan sehingga berjaya, kerana fokus saya sekarang ini adalah mengembangkan lagi kerjaya saya.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Lelaki Punyai ‘Ciri-Ciri’ Ini Bakal Miliki Hati Rose!
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Sumber Gambar: Instagram Sharifah Rose
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Sekitar Showcase Prelude AJL 33, Hargai Peminat Setia Anugerah Juara Lagu!

Sebentar tadi telah berlangsungnya Showcase Prelude AJL 33 di KL Live, Kuala Lumpur bersiaran secara Live di YouTube TV3Malaysia.
View this post on InstagramA post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on
Showcase prelude AJL 33 ini mempersembahkan finalis yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 33 pada 3 Februari 2019 nanti.
Finalis yang membuatkan persembahan pada Showcase prelude ini Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Sufian Suhaimi, Ara Johari, Syamel, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Amylea Dan Kaer.
Bukan itu sahaja, Nabila Razali, Ismail Izzani, dan Zaaim Mentor 7 juga turut memeriahkan lagi Showcase ini.
Showcase Prelude AJL 33 ini diadakan bagi khas sebagai menghargai peminat setia AJL dan juga memberi ruang kepada peminat untuk beramah mesra bersama finalis.
Diucapkan semoga berjaya kepada semua finalis AJL 33!
Nantikan debaran AJL 33 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur 3 Februari depan di TV3.
Foto : Instagram TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI