Semalam telah berlangsung majlis gemilang Nona Superhero Award anjuran Majalah Nona dan Ideaktiv. Anugerah yang dianjurkan buat julung kali itu telah diadakan di One World Hotel, Petaling jaya dalam suasana yang meriah namun mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Antara penerima anugerah pada malam itu, kemunculan Azwan Omar atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Abang Viva’ menjadi tumpuan. Dia yang dikenali ramai dek keberanian dan juga sikap suka membantu mangsa-mangsa banjir telah menerima Anugerah Nona Superhero yang disampaikan oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saat menerima anugerah tersebut, Azwan turut membawa ibunya ke atas pentas bagi mengambil trofi bersamanya. Menurut jejaka itu, anugerah tersebut didedikasikan untuk ibunya yang merupakan figura penting dalam kehidupannya.
Kisah Azwan Omar tular apabila dia datang ke lokasi banjir bagi membantu mangsa bersama kereta Viva, sebuah bot angin dan berbekal RM50 dipoket. Dari menghulurkan bantuan di Selangor dia menuju pula ke Pahang bagi menyumbangkan kudrat tulang empat keratnya dalam menyelamatkan mangsa banjir yang memerlukan bantuan.
Sebelum ini Azwan telah menerima sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S dan aksesori lain seperti topi keledar, beg galas dan juga jaket pemberian ICITY Motorworld Sdn Bhd.
Selain Azwan antara selebriti tempatan yang turut menerima anugerah pada malam itu adalah Awal Ashaari, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Seri Eizlan Yusof.
Awal Ashaari dianugerahkan Nona Men’s Style Icon manakala Datuk Jamal Abdillah pula dianugerahkan Nona Men’s Legend. Datuk Seri Eizlan Yusof pula dinobat sebagai Nona Man Celebrity Achievement Award.
Ads
Sekadar informasi, Anugerah Nona Superhero merupakan kesinambungan Anugerah Nona Superwoman yang mana anugerah ini dikhaskan untuk memartabatkan figura-figura lelaki yang menyumbang nilai positiviti dalam bidang masing-masing.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman Twitter sesi IG Live Kucai Mars bersama peminat yang dikenali sebagai Talha mengundang sebak netizen.
Talha dipilih secara rawak untuk muncul bersama di sesi tersebut dan Kucai Mars sendiri tidak menyangka remaja tersebut merupakan pesakit Covid-19 yang kini sedang menerima rawatan di hospital.
Suasana bertukar menjadi pilu apabila dia meminta penyanyi tersebut menyanyikan lagu Titip Rindu Buat Ayah dan menyatakan bapanya baru sahaja meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.
“Dalam kita selesa dirumah bersama keluarga, ada yang diluar sana mengimpikan apa yang kita ada.
“Talha merupakan pesakit yang baru kehilangan bapanya akibat penyakit covid-19. Salam takziah dari saya. Semoga talha juga cepat sembuh dari covid-19 dan tetap kuat. To all the frontlines you are the true hero for us.
“Saya tunaikan permintaan awak talha , I dedicate this song for you, stay strong brotha (Full video di youtube saya),” kongsinya penyanyi Khayalan itu.
Rata-rata netizen mengucapkan takziah buat pemuda itu dan mendoakan agar dia diberi kesembuhan dan agar roh bapanya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Foto : Instagram Kuchai Mars Dan Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan penyanyi antarabangsa, Yuna dengan suami tercinta, Adam Yousof Mohamed.
Lantas, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu telah meluahkan perasaan gembiranya di Instagram.
“1 year anniversary for this Sinclair couple. I’m the luckiest girl ever to find a love as true and as silly as you. Now we can both go annoy people, together,” tulis Yuna.