Abby Abadi Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Share

Pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Berita gembira itu disahkan suaminya, Faizal Zakaria menerusi Instagram.

“Alhamdulilah lady boss kte selamat bersalin. @withrepost • @jaiezzany Alhamdullilah Allah permudahkan segala2nya, 1043 pagi…Baby Boy.

“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…BP pun dh turun. Doakan yang terbaik untuk Baby….sekarang berada dalam NICU. Mohon doa sahabat2 semua untuk Abby & Baby ya,” tulisnya.

Difahamkan, Abby melahirkan bayinya itu pada usia kandungannya berusia enam bulan. Bintang Gerak Khas terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.

Terdahulu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan sekitar tahun 2017 lalu.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan pasangan tersebut turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Foto: Instagram Abby Abadi/Faizal Zakaria

Published by
MH