Categories: Uncategorized

Abby Luah Rasa Syukur, Doakan Jodoh Fattzura Berkekalan

Share

Kebelakangan ni, MH banyak dengar desas-desus pernikahan Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan sudah sah bernikah dua hari sebelum mengerjakan Umrah pada 15 November lalu.

Hal ini turut mendapat perhatian ramai orang termasuklah dikalangan selebriti sendiri.

Walaupun masih belum mengeluarkan kenyataan sahih,namun, sudah beredar pelbagai spekulasi yang melingkari kisah cinta pasangan ini. Apapun, harini bakal terjawab segala persoalan.

Tak sabar rasanya MH ingin tunggu pengumuman penting dalam satu media yang akan diadakan hari ini pada jam 5 petang nanti.

Dalam masa sama, Abby Abadi terlebih dahulu telah mengucapkan tahniah buat pasangan Fattzura ini di laman Instagram miliknya. Malah, dia turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan untuk ke jalan kebaikan.

“Alhamdullillah.. wasy-syukru lillaah . Akhirnya syaitan pun menangis.”

 

“Walaupun belum dengar dari mulut perantin sendiri, tapi melihat gambar-gambar mereka di tanah suci mekah, kita yakin, ALLAH sayang mereka .”

 

“Tumpang gembira keranaNYA. Walaupun Fattahaminz hanya adik tiri kita di alam maya ni, Missfazura kita pun tak kenal sangat, tapi kita tahu mereka berasal dari keluarga yang baik-baik, anak yang baik, adik/abang yang baik dan artis yang sangat baik pada peminat-peminatnya.”

 

“Dan InshaALLAH akan jadi suami dan isteri yang baik-baik juga.”

 

“Doalah yang baik untuk mereka dan kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik untuk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke SyurgaNYA InshaALLAH.” tulisnya di laman tersebut.

Posting ini telah mendapat perhatian ramai hingga mengumpul jumlah like sebanyak hampir 26 ribu.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira atas kebahagiaan yang dikecapi kedua pelakon tersebut.

Published by
Wani Arifin