Festival muzik selama 12 jam tanpa henti bakal menggegarkan suasana di Dewan A, MAEPS, Serdang pada 21 Disember ini.
Acara muzik besar-besar yang diberi nama One Love Music Festival itu bakal menghimpunkan 12 artis ternama tempatan termasuk daripada Indonesia.
Lebih 4,000 tiket telah pun terjual dan rata-rata para peminat sudah tidak sabar untuk
menyaksikan persembahan epik daripada band-band seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Drama Band, 53 Universe, Kugiran Masdo dan Gerhana Ska Cinta.
Lebih menarik, festival yang dianjurkan oleh Tuff KL ini turut mengundang artis-artis popular dari negara seberang seperti Nadin Amizah, Feby Putri, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil bagi menghiburkan peminat mereka di Malaysia.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, Muhammad Zul Aqil, syarikatnya itu misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.
Ads
“Festival adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
“Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung,” katanya.
Sementara itu, penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE turut berkongsi kegembiraan mereka berhubung kerjasama dengan Tuff KL untuk One Love Music Festival ini.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia Move, acara ini pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa.
Ads
“Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap untuk membolehkan pencinta muzik dan peminat artis hebat ini menikmati pengalaman perjalanan yang lancar.
“Mereka dapat menempah tiket acara, penerbangan, hotel, perjalanan mereka ke tempat itu. dan banyak lagi dengan nilai terbaik melalui aplikasi AirAsia MOVE,” ujarnya.
Ads
Sementara itu, Tuff KL turut mendapat sokongan daripada 20 universiti awam dan swasta untuk melibatkan para pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer.
Pendekatan lazim ini bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.
Tiket kini sudah mula dijual pada harga RM55 (Early Bird/Berdiri), RM150 (General Admission), RM169 (Rockzone) dan RM450 untuk pakej meet & greet (terhad kepada 50 peminat).
Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada acara muzik besar-besaran ini dengan membeli tiket menerusi laman web www.ticketmelon.com/olmfest sekarang.
Untuk maklumat lanjut mengenai One Love Music Festival, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @olmfest_ di Facebook, Instagram dan TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi di laman media sosial Instagram milik pelakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak ada berkongsi sekeping foto bersama ibunya.
Bukan itu sahaja, bintang berusia 30 tahun ini turut memuji kecantikan wajah insan tersayang itu di ruangan kapsyen
“My mother is the most beautiful woman in the world. i love you Mama Salam Maulidur Rasul,”
Pemenang Mentor 7, Zaaim atau nama lengkapnya, Zaaim Abdullah mengakui pada awalnya dia tidak berapa ‘suka’ dengan lagu pilihan mentornya, Siti Nordiana untuk lagu Bukan Rayuan Gombal (nyanyian asal Judika).
Katanya, dia tidak berapa mesra dengar dengan lagu berkenaan dan kalau boleh, dia mahu persembahkan lagu-lagu berentak balada.
“Kalau boleh saya nak nyanyikan lagu berentak balada. Misalnya lagu dari Asfan atau pun Azura dari Datuk Jamal Abdillah
“Bagaimanapun saya akur dengan pilihan Mentor memandangkan dia lebih berpengalaman dan tahu kelebihan saya, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau pun Nana secara seloroh mencelah memberitahu, dia mahukan protogenya itu mengalunkan lagu yang tidak pernah dinyanyikan sebelum ini.
“Kiranya dia menyanyi dalam keterpaksaan. Sebab ia adalah malam final. Jadi kena lakukan yang lain dari yang lain dan saya cakap padanya, suka hati kalau nak nyanyi lagu pilihan awak, nyanyilah.
“Kalau tak boleh persembahkan terbaik, saya okay saja. Saya kata. Lalu dia ambil cabaran tersebut dan alhamdulillah rasanya dia layak untuk menang malam ini. Saya bangga,” kata Nana.
Malah kata Nana lagi, sejak dua minggu lalu semangat Zaaim agak menurun.
“Pada masa sama, saya dan team juga bagi dia semangat dan motivasi. Syukur, malam final semangatnya cukup besar, kuat,” jelasnya.
Ditanya pada Zaaim mengenai wang kemenangan dan sebuah kereta tajaan Aerocar yang dimenanginya, pemuda berusia 28 tahun ini memberitahu dia belum memikirkan soal tersebut.
“Tak fikir lagi. Cuma kalau tanya saya sekarang, duit kemenangan saya nak bagi mak,” katanya ringkas.
Terdahulu, Mentor 7 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam menerusi TV3 menyaksikan pemuda dari Kedah itu menewaskan tiga peserta lain pada lam final.
Zaaim membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, sebuah kereta serta trofi.
Pempengaruh, Imran Bard tampil memberikan reaksi balas selepas pelakon, Ellie Suriaty menuntut ibu bapanya membuat permohonan maaf kerana tersinggung dengan konten parodi yang dikongsikan di platform media sosial.
Menurut Imran, dia tidak menyangka video parodi menyebut nama Ellie Suriaty itu menjadi isu besar.
“Saya kini berada di kampung saya di Kluang. Tiba-tiba naik isu Elly Suriaty yang nak ibu bapa saya minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok.
Hanya Panggilan Rawak
Menerusi video berdurasi 51 saat itu lagi, Imran turut menjelaskan nama-nama tersebut hanya sekadar panggilan rawak dan bukan berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
“Kepada Makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu. Saya bukan sebut nama makcik sahaja. Nama makcik lain pun saya sebut juga. Antaranya Fauziah Nawi dan artis-artis veteran yang saya kagumi.
“Jadi, saya masukkan sahaja di dalam konten. Bukan konten sensitif pun. Konon-konon jadi juri sahaja. Tak susah fikir pun,” katanya lagi.
Ibu Sedang Dirawat Di Hospital
Sementara itu, Imran turut berharap agar Ellie dapat memertimbangkan semula tuntutan permohonan maaf itu kerana ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Kemudian, nak melibatkan ibu bapa saya. Minta maaf, ibu saya di dalam wad ketika ini. Dia dimasukkan air. Jadi, dia tak boleh nak minta maaf. Dia kini terbaring di katil dan ada banyak wayar.
“Jadi, saya kena buat apa ya? Minta maaf ya makcik,” akhirinya.
Terdahulu, sekitar awal Februari lalu Imran memuat naik dua video parodi di aplikasi TikTok dan didakwa dengan sengaja memperlekehkan Ellie selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.
Untuk info, sehingga kini video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan. Selain Ellie, beberapa nama artis lain turut dipetik antaranya Ajai, Wan Maimunah dan Datuk Fauziah Nawi.
Dalam sidang media yang berlangsung semalam, Ellie memberi tempoh selama tujuh hari kepada Imran untuk memenuhi tuntutannya sebelum membawa perkara ini ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Imran Bard
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagu ‘Ala Joget Raya’ yang menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah usaha untuk menghidupkan semula elemen...