Festival muzik selama 12 jam tanpa henti bakal menggegarkan suasana di Dewan A, MAEPS, Serdang pada 21 Disember ini.
Acara muzik besar-besar yang diberi nama One Love Music Festival itu bakal menghimpunkan 12 artis ternama tempatan termasuk daripada Indonesia.
Lebih 4,000 tiket telah pun terjual dan rata-rata para peminat sudah tidak sabar untuk
menyaksikan persembahan epik daripada band-band seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Drama Band, 53 Universe, Kugiran Masdo dan Gerhana Ska Cinta.
Lebih menarik, festival yang dianjurkan oleh Tuff KL ini turut mengundang artis-artis popular dari negara seberang seperti Nadin Amizah, Feby Putri, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil bagi menghiburkan peminat mereka di Malaysia.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, Muhammad Zul Aqil, syarikatnya itu misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.
“Festival adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
“Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung,” katanya.
Sementara itu, penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE turut berkongsi kegembiraan mereka berhubung kerjasama dengan Tuff KL untuk One Love Music Festival ini.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia Move, acara ini pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa.
“Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap untuk membolehkan pencinta muzik dan peminat artis hebat ini menikmati pengalaman perjalanan yang lancar.
“Mereka dapat menempah tiket acara, penerbangan, hotel, perjalanan mereka ke tempat itu. dan banyak lagi dengan nilai terbaik melalui aplikasi AirAsia MOVE,” ujarnya.
Sementara itu, Tuff KL turut mendapat sokongan daripada 20 universiti awam dan swasta untuk melibatkan para pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer.
Pendekatan lazim ini bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.
Tiket kini sudah mula dijual pada harga RM55 (Early Bird/Berdiri), RM150 (General Admission), RM169 (Rockzone) dan RM450 untuk pakej meet & greet (terhad kepada 50 peminat).
Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada acara muzik besar-besaran ini dengan membeli tiket menerusi laman web www.ticketmelon.com/olmfest sekarang.
Untuk maklumat lanjut mengenai One Love Music Festival, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @olmfest_ di Facebook, Instagram dan TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.