Pelawak Achey bergegas ke lokasi apabila dimaklumkan sebuah lori yang membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000 terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara menghala ke ibu negara, beberapa hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan lori satu tan bersama pemandu dan kelendan dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebelum salah satu tayar belakang kenderaan itu meletup.
Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku, sebaliknya ribuan produk berterabur dan pecah atas jalan raya.
Malah, video sekitar kemalangan telah dimuat naik Achey menerusi Instagram sehingga mencetuskan tular apabila ditonton hampir 700,000 kali.
Meninjau ke ruangan komen pada entri terbabit, ramaimendoakan yang baik-baik dan tidak kurang memuji keprihatinan bintang itu yang turun ke lokasi kemalangan untuk meninjau situasi meski trafik pada ketika itu agak sesak.
Selaku duta kepada SugarBomb, Achey berkata, atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah meninggalkan komitmen lain apabila mengetahui lori yang membawa muatan produk tersebut terlibat nahas.
“Sehari sebelum kemalangan, satu kontena produk SugarBomb terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini. Syarikat SugarBomb tentulah mengalami kerugian besar, namun hal tersebut juga disifatkan sebagai ujian bulan Ramadan.
“Saya memuat naik video kemalangan bukannya sengaja mahu menarik perhatian, sebaliknya saya memerlukan doa orang ramai. Bagaimanapun, saya tidak menyangka video berkenaan tular.
Ads
“Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi kemalangan, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya. Tidak dinafikan, banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan,” katanya.
Achey pada masa sama turut menjelaskan, dia tidak mahu sekadar bergelar duta yang hanya menunggu imbuhan setiap bulan. Selagi ada masalah melibatkan jenama itu, dia cuba membantu apa yang termampu.
“Memang saya tak mampu nak hulur duit bantu ganti rugi, tetapi saya percaya, sokongan dan semangat perlu diberikan dalam keadaan ditimpa musibah.
Ads
“Saya sanggup menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Sebab saya tahu, jalan raya pasti sesak apabila lori terbalik. Memang betul tekaan saya, jalan raya sesak dan petugas SugarBomb bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, lori yang membawa muatan barangan dalam perjalanan ke PWTC untuk menghantar produk wangian badan, penyegar udara dan wangian rumah bagi satu acara yang dijadual berlangsung, keesokannya.
“Kami bersyukur pemandu dan kelendan lori tidak mengalami kecederaan, biarpun sebahagian produk rosak dan bertaburan atas jalan raya.
“Agak malang apabila tayar belakang lori meletup hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, sebelum terbalik di lorong kanan. Acara disertai tetap diteruskan, produk rosak terpaksa digantikan dengan yang lain,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Rosma memaklumkan dua anak perempuannya, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania mengalami masalah cirit-birit yang teruk sejak beberapa hari lalu.
Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik berkongsi khabar duka itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut isteri kepada penyanyi Khai ini lagi, anak perempuan bongsunya itu bagaimanapun kini kembali sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Manakala Nur Amani pula masih alami situasi sama sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.
“Haritu adik sakit perut cirit birit tapi alhamdulillah, adik dah baik. Tiba-tiba hati ni kakak mia @nuramani_damia lak kena cirit birit 9 kali.
“Dan muntah-muntah 4 kali tak boleh makan langsung hari ni. Terus bawa pergi emergency & admitted. Doakan kakak mia cepat sembuh. #KhaiRosma,” tulisnya.
Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah diakhir kes pembelaannya.
Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pembantu peribadinya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memetik Sinar Harian, Rosmah, 71, didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber/Foto: Sinar Harian/Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Awak berjaya bersabar dengan isteri awak yang penuh drama ini,”. Begitulah reaksi pelakon Nabila Huda terhadap suaminya, Mohd Izwan Johar yang dilihat boleh menerima kelebihan dan kekurangan dirinya.
Nabila atau mesra disapa Abil telah mencipta memori bersama suaminya selama empat tahun (Disember 2015).
Malah, mereka telah meraikan ulang tahun perkahwinan di sebuah restoran terkemuka di ibu kota.
“Tahniah Mohd Izwan! Awak berjaya bersabar dengan isteri awak yang penuh drama dan emosi yang unpredictable ni.
“Tidak ada lelaki selain awak yang boleh bersabar dengan degil Saya yang luar biasa ni.
“Tidak ada lelaki yang boleh layan perubahan watak saya setiap hari kat rumah..Tidak ada lelaki yang boleh tahan mengingau bercakap,bertumbuk,menangis Dan macam-macam lagi dari malam pertama Awak kat sebelah Saya,” kongsi Abil.
Pada masa sama, bintang Munafik ini turut mengakui suami seorang yang cukup memahami dalam apa sahaja situasi.
“Tidak ada lelaki yang boleh tahan dengan clingy Saya.Tidak ada lelaki seperti awak yang memaksa Saya berubah.Tidak ada lelaki seperti awak yang bersabar dgn sikap Saya yang suka buat sepah.
“Tidak ada lelaki lain yang akan masak tengah malam bila Saya Balik kerja Saya kata lapar.Tidak ada lelaki lain yang Sanggup turun parking tunggu Saya Balik kerja Walaupun dah subuh dalam keadaan awak yang Penat dak ngantuk.
“Tidak ada lelaki lain yang boleh layan perangai saya yang kdg2 suka menyendiri Tanpa Sebab.
“Awak je the one and only yang boleh hadapi semua kerenah Saya Tanpa berkata sepatah apa pun Tapi Hanya senyum sahaja..Good job!!!! 4th year and still counting ! Good luck and all the best,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abil juga menerima kejutan daripada suaminya apabila dikehendaki berhias untuk menikmati makan malam bersama.
“Nampak tak muka awkward tu taktau Nak react macamana sebab tak penah celebrate anniversary!haha..Actually kite nikah on 25 dec,Tapi bert ikut calendar islam which is a day after maulidur rasul tu our anniversary.
“Masa Dia explain tu , abil memang tak faham langsung Maksud Dia and I macam keep on Cakap no,kite nikah on 25 December lah.Pening la tukar-tukar anniversary.
“So since Pada tu, abil senyap je lah tak fikir when is our anniversary al maklum la kite tak pandai sgt Nak ikut calendar islam sebab dah biasa dgn calendar kite kan..and then today Dia Cakap ,pakai cantik2 saya Nak bawak awak Pergi dinner.
“Aku pun macam “haaaa,sejak bila pulak husband Aku ni pandai Nak ajak Pergi dinner ni..” selalunya abil je jadi mastermind. Sekali Dia drive sampai pavilion!Eh Biar betul!
“Tak penah2 laki Aku Nak Pergi pavi ni..lagi la nervous weh!haha..skali sampai restaurant tu, Dia tunjuk tu your favourite chef!,” kongsinya.
Ternyata, suami kepada bintang itu membawanya menikmati makan malam di sebuah restoran berkonsepkan Jepun.
“Fuhhh dinner jepang weh..Fine dining!thank you for tonight love..Actually lebih baik macam ni,Dari tiap2 tahun Nak surprise,dah jadi tak special jugak..Lagipun tak celebrate anniversary pun tak pe..everyday pun boleh celebrate at home.But today..unforgettable! Perut macam Nak pecah ni..Balik,baring,tidur ah..Settled!!!love you,” akhiri pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019 itu.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...