Pelakon dan pelawak Achey diuji apabila ibunya, Ngaisah Hassan dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, ibunya disahkan mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Achey Mahu Berbakti Untuk Mak; “Sebagai Anak, Apa Saja Harta Yang Ada Kita Akan Cuba Cairkan Untuk Rawatan Dia.”

“Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.

“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.

“Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.

Ads

“Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya,” kata Achey.

Achey yang juga ahli kumpulan Bocey ini turut mendedahkan, dia sanggup menggadaikan harta yang ada demi memberikan rawatan terbaik buat ibunya yang kini berusia 73 tahun itu.

Malah Achey yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor pada masa sama turut ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.

Achey Mahu Berbakti Untuk Mak; “Sebagai Anak, Apa Saja Harta Yang Ada Kita Akan Cuba Cairkan Untuk Rawatan Dia.”

Ads

“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.

“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.

“Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.

“Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya lagi.

Ads

Sementara itu, Achey ada memuat naik foto bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya demi merawat insan tercinta.

Sebelum ini, Achey berkongsi berita mendukacitakan apabila bapanya, Hamzah Salam, 80, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.

Sumber: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI