Pelawak Achey menerusi laman Instagram menyifatkan Zizan Razak seorang yang penyayang dan akan menyayangi dan menyenangkan orang sekeliling sebelum memikirkan diri sendiri.
Ulasnya, mungkin atas sebab itu, pelawak dari Terengganu itu lambat bertemu jodoh. Dalam pada itu, Achey turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat sahabatnya sambil berkongsi rakaman Zizan memberi makan seekor anak kucing.
“Zizan orangnya penyayang… di mata aku.. dia menyayangi apa yang di sekeliling dia dulu.. senangkan apa yang dia ada dulu.. baru fikir seterusnya.
“Mungkin sbb tu jodoh lambat skit kot… bagi senang sekeliling dia dulu.. HAPPY BIRTHDAY @zizanrazak869,” kongsi Achey.
Selamat hari lahir buat Zizan Razak.
Foto : Instagram Achey