Aktres, Diana Danielle mendedahkan tugas untuk melakonkan babak sedang berkahwin sememangnya bukan sesuatu yang mudah memandang ia memerlukan waktu yang agak lama untuk membuat persiapan.

Menurut Diana, ada kalanya persiapan tersebut memakan masa hampir 24 jam sebelum sesi pengambaran bermula.

“Actually Wedding Scene Are A Pain…,” – Kena Nampak Macam ‘Cinta Mati’, Diana Danielle Cerita Bila Berlakon Babak Nikah Kahwin

Katanya lagi, perasaan sewaktu melakonkan babak perkahwinan ini juga saling tidak tumpah seperti zaman kanak-kanaknya satu ketika dahulu.

“Actually wedding scenes are a PAIN. Skala dia besar, masa utk siapkan satu sequence tu sehari semalam.

“Berjuta kali dah kahwin sepanjang jadi pelakon ni rupa pun mcm main kahwin-kahwin time kecik-kecik kat kampung,” kongsinya di lama Instagram.

Ads

“Actually Wedding Scene Are A Pain…,” – Kena Nampak Macam ‘Cinta Mati’, Diana Danielle Cerita Bila Berlakon Babak Nikah Kahwin “Actually Wedding Scene Are A Pain…,” – Kena Nampak Macam ‘Cinta Mati’, Diana Danielle Cerita Bila Berlakon Babak Nikah Kahwin

Pelakon drama, Ganjil ini turut menambah, adegan seperti ini juga memerlukan fokus yang tinggi demi menjiwai peranan masing-masing.

“Bila action amboi tenung macam cinta mati lah konon. Bila rehearse perasaan memasing cringenyaaa tapi demi sebuah cerita kita harungi jua.

“Some behind the scenes for #shewasprettymy @viumalaysia,” kongsinya lagi.

Ads

Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut memuji bakat lakonan yang dimiliki oleh isteri kepada pelakon popular, Farid Kamil itu.

“Itulah selalu terfikir, tahan betul diorang ni tergelak ke apa. Lepas cut tu mesti like go shake it off all that cringe kan. But, hebatlah korang.

“Nampak jelas cringe di situ. By the way, tak sabar nak tengok.

“Wah best sangat ni. Diana berlakon dengan Aiman Hakim Redza. Pelakon yang hebat. Tak sabar nak tengok cerita ni.

Ads

“Minat sangat dengan Diana Danielle. Tetap lawa. Kalau ada drama keluar mesti nak tengok,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Actually Wedding Scene Are A Pain…,” – Kena Nampak Macam ‘Cinta Mati’, Diana Danielle Cerita Bila Berlakon Babak Nikah Kahwin “Actually Wedding Scene Are A Pain…,” – Kena Nampak Macam ‘Cinta Mati’, Diana Danielle Cerita Bila Berlakon Babak Nikah Kahwin

Dalam perkembangan lain, Diana kini dikhabarkan sedang sibuk menjalani sesi pengambaran drama terbarunya yang berjudul She Was Pretty bersama pelakon Aiman Hakim Redza.

Difahamkan drama ini juga merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan dan bakal ditayangkan di aplikasi Viu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Diana Danielle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI