Sebagai selebriti, pelbagai ragam para peminat harus mereka tempuhi lebih-lebih lagi buat mereka yang terlalu fanatik.
Menerusi perkongsian di laman Instagram stories, rapper yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique, MK memaklumkan dirinya ada menerima direct message daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Individu berkenaan dilihat seakan-akan sedang merayu lalu membuat permintaan untuk duduk di muka MK.
“Grrr…lemme sit on ya face baby,” tulis individu tersebut.
Jelas MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, dia mengekui berasa amat terkejut sebaik sahaja membaca mesej tersebut.
Malah dia turut menyifatkan individu tersebut sebagai mengarut.
“Macam mana aku mau bernafas kalau kena duduk di muka. Ada-ada sahaja. Hahahahaha,” balas MK.
Menerusi pemerhatian MH, ketika ini MK dilihat memiliki jumlah pengikut di Instagram lebih 1.5 juta manakala di laman Twitter pula hampir 100,000 pengikut.
Sumber: Instagram MK K-Clique
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mommy Sedih Sampai Sakit Dada, Pada Masa Sama Gembira,”- Rita Rudaini Sebak Sebab Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak
Pelakon, Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak sewaktu menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang bakal menyambung sesi persekolahannya dia sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Menurut Rita, perasaannya pada ketika itu amat bercampur baur kerana ini merupakan kali pertama mereka bakal berjauhan untuk jangka masa yang agak lama.
@ritrud727Sy ibu yg normal…rasa sakit,rasa pedih itu dah biasa…mcm mana hujan lebat hari ni mcm tau deras nya airmata sy harini…airmata gembira bercampur dgn sebuah rasa…rasa itu adalah rasa cinta..syg..rindu..kami tidak pernah berenggang…harini kami berjauhan….mommy sedih sampai dada sakit dlm pd masa yg sama mommy gembira dgn anak yg hanya di besarkan oleh ibu tunggal,melangkah setapak lg ke hadapan…mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu 🤍 fly high Airit Rayyan Rizqin..
“Saya ibu yang normal. Rasa sakit dan rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni.
“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang. Harini kami berjauhan,” luahnya.
Malah, sepotong video yang memaparkan Rita sedang berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal buat anaknya itu turut dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya.
Pelakon drama, Shah Alam 3000 ini turut menzahirkan rasa bangga melihat pencapaian anaknya itu meskipun terpaksa membesarkannya secara seorang diri.
“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal dan melangkah setapak lagi ke hadapan.
“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Airit akan sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibunya.
“Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.
“Alhamdulillah. Tahniah buat anak Rita. Sebak tengok. Tahniah buat Rita juga.
“Tahniah buat ibu dan anak. Seorang ibu yang sangat kuat. Semoga Allah senitasa permudahkan urusan keluarga Rita.
“Memang suka tengok cara Rita didik anak-anak. Semoga menjadi anak yang soleh yang membawa ibu ke syurga.
“Tahniah Rita. Hebatnya awak. Semoga anak awak berjaya dunia akhirat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehinggga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 900,000 jumlah tontonan di aplikasi Tik Tok.
Sekadar informasi, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 sebelum memutuskan untuk bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram & Tik Tok Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Eizlan Yusof Umum Kahwin Gadis Serani Bulan Ini
Tahniah diucapkan buat pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang telah pun mengumumkan dirinnya bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.
Majlis akan dilangsungkan pada 12 Disember depan.
Memetik Harian Metro, Eizlan memaklumkan majlis perkahwinannya dengan wanita mualaf berusia 29 tahun itu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.
“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.
“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, pada Isnin.
Bagaimanapun, Eizlan memberitahu jumlah sebenar kos perkahwinannya itu tidak diketahuinya sehingga sekarang.
“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya seperti yang dipetik.
Eizlan turut berkongsi, beliau sudah mengenali Natasha kira-kira empat tahun lalu dan gembira apabila anaknya turut selesa serta merestui keputusan mereka.
“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.
Bulan lalu, Harian Metro turut melaporkan bintang itu enggan berkongsi lanjut mengenai desas-desus yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini.
Eizlan pada masa sama juga meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Malah, dirinya juga bertindak mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta.
Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007, bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.
Sumber/Foto: Harian Metro, IG Mahligai Cinta & Official HLive
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Aliff Aziz Masuk Ruangan ‘IG Live’ Bella Astillah, Ini Antara Komen Yang Netizen Kasi!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini ada berkongsi video di Insta Livenya.
Bella merakam video berkenaan di dalam kereta sambil berborak santai bersama peminat yang sedang menonton live.
Bagaimanapun, bekas suaminya, Aliff Aziz mulai memasuki ruangan live dan meninggalkan komen.
Bagaimanapun, peminat yang menonton live Bella telah meninggalkan komen sinis terhadap sikap Aliff terdahulu.
Malah, ada juga yang memberikan nasihat agar Bella tidak lagi toleh ke belakang.
Bagaimanapun, Aliff telah memberikan respon terhadap komen yang dilontarkan netizen.
Bella bagaimanapun menasihati netizen agar tidak terlalu berlebih-lebihan mencaci dan menghina Aliff atas perbuatan curangnya terdahulu kerana Aliff masih bapa kepada anak mereka, Ayden Adrean.
Video berdurasi 22 minit itu diakhiri Bella dengan ucapan salam.
Video : Live Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI