“Ada Anak Kecik Bukan Alasan Rumah Semak Samun Macam Tongkang Pecah,” – Syatilla Melvin

Share

Pelakon, Syatilla Mevin memaklumkan bahawa dia dan suami, Shaheizy Sam gemar melakukan aktiviti dekorasi rumah bersama-sama.

Kongsi Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia dan Sam juga ada melakukan perubahan dekorasi di ruangan bilik tidur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

Pada masa sama, pelakon berusia 29 tahun ini juga berkata, tiada alasan untuk tidak mengemas rumah meski memiliki anak kecil.

“Kami laki bini memang gila deco rumah!ada anak kecik bukan alasan rumah semak samun mcm tongkang pecah!

“Sapa tau ig shop bekenaan brg rumah yg best2 boleh mention kt bawah!

“Ni hasil berkurung kt rumah, master bedroom semua dh jadi warna lain, perabot2 lama semua gone!

“Siapa kaki deco rumah lagi?? ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?,” tulisnya.

Lantas, rata-rata peminat memuji sikap ringan tulang Syatilla yang melakukan aktiviti bermanfaat bersama suami.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 10 bulan.

Foto: Instagram Syatilla Melvin

Published by
Nazar Rafiqhi