Pelakon dan pelawak, Didie Alias menafikan dirinya iri hati dengan keputusan pihak stesen tv yang melantik pelakon jelita, Anna Jobling sebagai salah seorang juri untuk program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-4.
Menurut Didie, dia faham kedudukan Anna di posisi berkenaan adalah untuk menaikkan nilai komersial namun, pengalaman yang dimiliki pelawak-pelawak wanita di negara ini tidak harus diketepikan.
“Saya memberikan komen daripada sudut penonton dan netizen. Ramai yang kata saya dengki tapi sebenarnya tidak. Saya faham pihak stesen tv meletakkan Anna sebagai juri untuk menaikkan nilai komersial.
“Namun, apa gunanya kami sebagai pelawak wanita? Malah, saya juga pernah dianugerahkan sebagai pelawak wanita paling popular oleh stesen tv berkenaan.
“Kenapa kami tidak pernah dipanggil untuk duduk di kerusi tersebut?,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Presiden Kampung Morten itu berkata sedemikian ketika ditemui di
majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini.
Pada masa sama, Didie turut mempersoalkan keputusan pihak penerbit yang meletakkan Anna sebagai juri tetapi hanya berperanan mewakili suara penonton.
“Mereka memaklumkan tugas Anna adalah wakil suara penonton. Kalau penonton, baik duduk rumah sahaja. Tak payah jadi juri. Namun, saya faham hal ini berkait dengan rating.
“Untuk otai lelaki, kita ada Apek dan Harith Iskander. Kenapa tak letak seorang otai perempuan? Saya nampak trend ini sejak Raja Lawak 1.
“Kalau bukan saya sekali pun, kita ada pelawak wanita seperti Sharifah Shahirah, Rosnah Mat Aris, Nur Khiriah, Jihan Muse dan Sheila Rusli. Mereka semua pelawak yang ada ilmu,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada Didie akan menerima pelawaan program berkenaan sekiranya diundang sebagai juri jemputan, ini respon pelawak berusia 52 tahun itu;
“Saya okay dan tiada masalah. Boleh sahaja nak duduk sebelah Anna pun. Saya hanya nak berkongsi ilmu. Saya juga nak jadi wakil suara untuk rakan-rakan seangkatan saya.
“Kebanyakkan mereka harus berniaga kerana kurang tawaran dalam bidang seni. Jika beri mereka peluang, setidaknya mereka ada rezeki.
“Saya tiada masalah itu kerana saya ada bisnes sendiri dan sering kali dijemput untuk menjadi hos. Jangan nanti dah terlambat baru kita nak bagi ‘Anugerah Kembara’ atau ‘Anugerah Sepanjang Zaman’,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Didie turut menasihati Anna untuk mempersiapkan mental sekiranya dikritik netizen ketika minggu pertama nanti.
“Tahap Harith Iskander sudah terlalu tinggi sehingga pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Apek pula, seperti semua tahu, dia adalah bintang paling popular.
“Kalau dia bijak untuk menyampaikan komen, dia akan nampak bagus. Namun, kalau dia tak boleh nak menyamai tahap kedua-dua juri ini, bersiap sedia dengan komen netizen,” akhirinya.
Sebelum ini, Didie ada meninggalkan komen di media sosial mempersoalkan pelantikan Anna sebagai salah seorang juri tetap MLS4.
Komen tersebut kemudiannya mendapat respon pelbagai daripada netizen.
Dalam perkembangan lain, Didie telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi hos bagi acara berprestij Anugerah Bintang Popular ke-36 bersama dua lagi gandingannya iaitu Hanif Hamzah dan Riena Diana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau nama komersialnya, Mawi ada berkongsi cerita setelah hampir 16 tahun melibatkan diri dalam karier seni.
Menurut Mawi, sebagai seorang penyanyi dan penghibur, tidak akan dapat menghidari daripada melakukan kesilapan ketika membuat persembahan.
Maklum penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, masalah teknikal atau ‘terkucil’ dalam nyanyian adalah satu perkara biasa yang dilalui.
“Sesekali terkehel, terkucil, tercungap, tersumbang & terlupa lirik itu biasa bagi penyanyi. Yang penting macam mana kita handle show kita. Tak semua show kita sempurna..kadang-kadang pun sesak daaaa,
“Ok dah… tak perlu nak besar-besarkan cerita.. relax sudah…kih kih..!
“Hidup kita pun selalu terbabas inikan pula menyanyi.. hihi Tak caya cuba tanya penyanyi kesayangan korang.
“Tak tahu lah kalau penyanyi kesayangan korang ‘perfect’ selalu #PenyanyiJeFaham,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun, pada 29 Januari lalu.
Menariknya untuk tahun ini, suami tercinta, Y.M. Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj telah memberikan kejutan buat pemenang kedua Dewi Remaja 2015 ini dengan membawanya menikmati panorama alam dengan menaiki udara belon panas.
Mengisi masa berdua dengan penuh romantis di awangan, merpati dua sejoli ini turut berkongsikan beberapa foto sekitar sambutan, menerusi Instagram.
“BEST BIRTHDAY SURPRISE EVERRR!!!,” tulisnya ringkas pada salah satu pautan foto yang dimuat naik.
Penyanyi Tom terkilan apabila mendakwa ada kenalan selebriti yang melabelkan dirinya sebagai hodoh, baru-baru ini.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, dia tidak ada di antara rakan dalam industri seni yang memburukkan-burukkan dirinya Tom sendiri tidak tahu apa puncanya.
“Saya pun baru tahu perkara ini daripada kawan-kawan dalam industri sendiri, tapi tak perlu saya sebutkan namanya kerana perkara ini sudah pun selesai.
“Cuma saya terkilan apabila orang yang kita kenal tikam belakang. Walaupun dia tidak mengakui perkara itu, dia sudah meminta maaf.
“Saya tahu saya tak cantik, asalkan cukup sempurna di mata suami dan anak-anak, tapi tak perlu jaja ke sana sini mengutuk saya,” katanya, petik Hib Glam.
Meski isteri kepada penyanyi Fuad Rahman itu mengakui sudah biasa berdepan dengan komen berbentuk hinaan, namun dalam situasinya dirinya yang sedang sarat hamil menyebabkan emosinya cepat tersentuh.
Malah tambah Tom, sama seperti wanita lain hal berkaitan kecantikan dan rupa paras adalah perkara sensitif terutama apabila dijadikan bahan hinaan.
“Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah sebagai ibu yang sedang mengandung sekarang saya cepat sangat emosi.
“Saya pun tidak mahu perbesarkan isu ini sebab masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana.
“Walaupun saya sedih, tak mengapalah kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan,” katanya yang kini sedang bersaing menerusi program Famili Duo bersama Fuad.
Sementara itu bagi Fuad, 44, dia berharap isterinya itu sentiasa positif dan tidak jangan ambil peduli dengan pandangan sedemikian.
“Saya pun baru tahu pasal hinaan dilemparkan kepada isteri saya. Biarlah, paling penting dia cantik di mata saya, luar dan dalam.
“Saya minta dia fikir positif saja dan selalu nasihatkan agar bersabar dan jangan fikir bukan-bukan, lagi-lagi dia tengah mengandung,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi dan aktres, Erra Fazira menjelaskan dia mempunyai cara tersendiri di dalam menjaga kebebasan serta keselamatan anaknya yang kini meningkat remaja, Engku Aleesya.Menurut Erra...