Siapa sahaja yang tak kenal dengan Lah Ahmad? Penyanyi tampan dan bersuara lunak ini mula menempa nama sewaktu menganggotai kumpulan vokal lelaki popular, Voices Of Euphonious atau V.E.
Baru-baru ini, kemunculan Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad di Konsert Ruffedge telah menggamatkan suasana dewan sehingga konsert dikatakan terpaksa dihentikan seketika sehingga penonton bertenang.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Lah memaklumkan dirinya tidak menyangka bakal menerima sambuatan sehebat itu daripada para penonton.
“Alhamdulillah syukur. Saya sendiri tak sangka akan menerima sambutan seperti itu.
“Pada ketika itu, baru muncul di fikiran saya yang peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu-lagu saya bersama VE. Kami umpama sebuah keluarga yang besar,” katanya kepada MH.
Ads
Tambah Lah lagi, dia juga tidak menolak untuk meneruskan projek kolaborasi bersama Ruffedge selepas ini.
“Alhamdulillah, saya dan Ruffedge baru sahaja melancarkan single berjudul Putus. InshaAllah akan ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan peminat sangat positif bila kami bersama,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Lah akui teruja apabila bakal muncul menerusi drama terbaharu yang berkisarkan tentang program realiti nyanyian yang berjudul, One Million Dollar Voice.
Menurut Lah, memegang watak sebagai Joe sememangnya amat mencabar memandang dia harus bergandingan dengan ramai pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman.
Ads
“Apa yang boleh saya katakan, drama ini memang lain daripada yang lain. Setiap watak mempunyai backstory dan agenda mereka untuk memenangi hadiah bernilai RM 1 juta.
“Ada beberapa babak yang mencabar akal dan cara lakonan saya. Namun, saya faham ia tetap harus dilakukan bagi memastikan kisah yang ingin disampaikan melalui watak Joe ini sampai je jiwa penonton.
“Saya anggap ia sebagai cabaran yang positif. Para pelakon telah memberikan yang terbaik dan semoga usaha kami ini diterima masyarakat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, ‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan tentang gelagat krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.
Ads
Dengan tekanan yang diterima, penerbitnya, TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruah serta rancangan terbitannya itu walau apa jua dugaan sekalipun.
Selain Lah dan Emma, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amelia Henderson, Ben Amir, Roy Azman dan ramai lagi.
Drama ini bakal bersiaran bermula 28 Ogos pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.
One Million Dollar Voice juga boleh distrim menerusi platform atas talian Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluahkan rasa hati di laman Instagram, Rita Rudaini kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin, dibuli dan tidak pandai melawan.
Jelasnya walaupun tidak pernah mengajar untuk membalas kembali, namun dia memberi amaran dan bakal mengambil tindakan andai melampaui batas andai ia keterlaluan.
Kongsi Rita lagi, pembuli tidak dapat dimaafkan kerana tindakan sehinggakan seluar anaknya dilondehkan sebagaimana didakwa.
“Dia ni asyik kena buli…sbb dia xmelawan…org kata apa pon kt dia..dia xpandai bls..org buat apa pon kt dia,dia xbls…mommy pon xajar ank2 mommy kata kt ank org or buat ank org.
“Tapi tggu ,mommy yg akan ambik tindakan klau mak bpk xreti nk ajar ank sendiri…mommy ni tgk je lembut…tp jgn buat hal ye….benda skit2 mommy bole lg tutup mata n just ajar ank 'biarkan' …tp bila sampai bab kena londeh sluar ni….haaaa mmg kurang ajar sgt lah ni…
“Klau mak bpk bole buat xtau bila dah buat report…buat xtau bila tau ank dia 'something'….sampai skrg sisturr tggu ye…but nothing dr parent tu….tgguu Rita Rudaini buat sesuatu…sisturr dun care level apa pon….jgn main2 dgn sisturr…i bela ank2 sorg2 xde suami but dun play2 ya…kdg2 sisturr bole jd kucing tp awasss sisturr juga bole tukaq jd naga,” tulisnya.
Tegasnya, kemungkinan besar dia turut membuat laporan di kementerian seandainya hal ini berlanjutan.
“Sampai dah CUTI SEKOLAH tp NOTHING…haaaa tgguu…sampai ryan mintak tukaq sekolah….tp mommy ckp 'benda ni bukan psal sek,bukan salah sek..tp ATAS DIDIKAN MAK BAPAK di rumah' ….mungkin kena report kementerian trus ni…TOO MUCH! Mcm mana paksu n maksu @siti.azwa @neves7727?” ulasnya panjang lebar.
Bersempena bulan ramadan yang suci, pelakon Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Menerusi entri berkenaan, bintang filem Manisnya Cinta Di Cappacoddia itu telah menitipkan kata-kata positif bersama pengikutnya sambil memperaga persalinan kaftan yang dikenakan.
“Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita.
“Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.
“InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz.
“Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle .
Selain itu, Fazura turut momohon maaf andai ada tersalah bahasa dan perbuatan kepada semua pengikutnya selain mengharapkan kerehdaan Allah S.W.T di bulan ramadan tahun ini.
“Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari.
“Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak.,” tulisnya.
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bersedia untuk menjawab segala spekulasi yang dikaitkan dengannya hari ini.
Memetik Awani, figura terkenal berusia 31 tahun itu dijangka mengeluarkan kenyataan media sekitar pukul 8 malam ini.
Perkara tersebut dipetik menerusi pengurusnya, Shawn Amer sebagai berkata, pihaknya sedang menyiapkan kenyataan media untuk diedarkan kepada wartawan hari ini juga.
“Pihak kami sedang menyiapkan kenyataan. Kami akan edarkan kepada rakan-rakan wartawan. Saya harap anda semua dapat bersabar sebentar,” katanya.
Ditanya bagaimana keadaan pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, Shawn berkata, artis berkenaan dalam keadaan yang sangat tenang.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Rizz mulai diperkatakan netizen menerusi media sosial dan menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter berikutan beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu adik-beradik bekas pengacara MeleTop itu di Instagrammenjadi viral.
Malah, rata-rata netizen memuat naik kembali tangkap layar tersebut lalu membuat spekulasi mengenai status hubungan pasangan personaliti berkenaan.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!