Ibarat langkah kanan, permulaan tahun 2024 dilihat sangat cemerlang buat penyanyi Aina Abdul yang telah pun memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan yang mengangkat bakatnya sebagai insan seni.
Menurut Aina, selain sokongan padu peminat, berkat doa daripada seorang ibu juga memainkan perasan yang sangat besar.
“Saya rasa ini merupakan berkat doa ibu yang juga merupakan peminat nombor satu saya.
“Ibu sentiasa menonton saya daripada jauh walaupun dia tidak akan mengikuti saya ks acara-acara luar.
“Saya lebih rela ibu mendoakan daripada rumah supaya saya tidak perlu risau tentang keadaannya jika dia ikut saya. Lagi pun, dia juga sudah berusia.
“Terima kasih ibu, ahli keluarga dan kelab peminat, Aination yang sentiasa mendoakan saya dan minta saya berehat,” katanya kepada MH.
Ads
Ainaa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis anugerah, Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Terdahulu, Aina telah dinobatkan selaku pememang bagi kategori Lagu/ Audio Tergempak 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Pada masa sama, Aina turut memaklumkan dia sering mendapat teguran dan kritikan jujur daripada ibunya demi memperbaiki dirinya pada masa akn datang.
Ads
“Dia merupakan pengkritik tegar saya. Setiap kali saya habis persembahan, keesokkan harinya, pada waktu Subuh, saya kena bersedia dengan mesej yang bertalu-talu.
“Ibu selalu beri peringatan dan luah rasa bangga. Namun, tak semua mesej itu yang indah-indah sahaja.
“Sebagai ibu, dia pasti akan berikan kritikan paling jujur yang tidak akan saya terima daripada kawan-kawan atau orang sekeliling.
“Dia juga tegur mengenai pakaian saya. Kalau pelik sangat pun, dia tak izinkan. Ada juga baju yang ibu larang saya pakai lagi,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya mengenai penerimaan ibunya saat dia berdepan kontroversi, ini reaksi yang dikongsikan Aina;
“Ibu akan tahu juga. Ada kalanya, saya merasakan situasi ini agak tidak sihat buat ibu. Walaupun ibu tiada media sosial, dia akan ambil tahu daripada Youtube atau televisyen.
“Dia akan baca semua komen yang dia nampak. Hal itu agak merisaukan saya. Tak semua komen yang saya terima itu indah. Ada kalanya pedas.
“Bayangkan hati seorang ibu bila melihat komen-komen sebegitu. Namun, itu adalah tanggungjawab saya untuk terangkan hal sebenar,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, tular di laman media sosial mengenai kisah bintang korea, Sulli yang ditemui mati dipercayai kerana mencabut nyawa sendiri.
Para peminat turut menzahirkan kesedihan, termasuk golongan selebriti seperti pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz yang turut meluahkan rasa mengenai insiden tersebut.
Bintang berusia 28 tahun ini berkata masalah depresi merupakan satu masalah yang amat serius dan perlu dititikberatkan.
Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan turut memberi nasihat kepada netizen agar tidak memberi komen yang kerterlaluan kepada selebriti.
“Okey…bagi saya, selalu fikir netizen berhak untuk berkata apa sahaja tapi saya cuma rasa cara mereka menyampaikan satu mesej atau ingin menegur tu, kalau boleh biarlah menerusi ‘private message’.
“Tak perlu nak post atau nak kecam dan ajak orang lain sekali untuk kecam sebab saya rasa itu boleh memberikan kesan terhadap orang itu pada masa hadapan.
“Sebab kita tak tahu orang itu sebenarnya okey ataupun tidak. Mungkin dekat luar dia senyum tapi sebenarnya dia ada masalah dalaman, sebagaimana yang dipercayai berlaku pada Sulii.
“Pada masa sama, kalau betul individu ataupun artis mana-mana yang rasa masalah begitu, ada masalah depresi sebagainya pergilah berjumpa dengan pihak yang boleh membantu.
“Jadi kalau boleh kepada netizen di luar sana kalau nak menegur tu biarlah berpada-pada,” kongsi Azira bersama MH.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan f(x) itu ditemui mati di kediamannya pada Isnin. Mayat Sulli ditemui pengurus dalam kediaman mendiang di Seongnam, Korea.
Bagaimanapun punca sebenar bintang itu masih dalam siasatan terperinci pihak berkuasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyampai radio dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung.
Memetik laporan Mstar, khabar duka tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurus hos popular itu.
Menurutnya, bapa Nabil sebenarnya telah pun dimasukan ke hospital sejak seminggu yang lalu.
“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tengku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.
“Bapa Nabil sudah lama mengidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.
“Nabil kini berada di hospital bagi menguruskan jenazah,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, jenazah akan dibawa ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.
Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Haiza, dimaklumkan bapa kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai sebab dan waktu kematian.
Menjengah ke Instagram Farahdhiya juga, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai pemergian arwah ayahnya.
“Innalillahiwa inna ilaihirooji'un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah,” kongsinya.