Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf mengenai isu terkait dakwaan melanggar prosedur standard operasi (SOP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz, pada 27 Mac lalu.

Neelofa pada masa sama turut memberi menjelaskan mengenai isu merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu yang turut disertai suaminya.

“Penjelasan dan pencerahan tentang dua perkara iaitu tentang majlis perkahwinan saya baru-baru ini dan juga isu rentas negeri ke Pulau Langkawi.

“Saya buat hari ini kerana sudah selesai apabila kami (Neelofa dan Haris Ismail) kedua-dua keluarga hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kerjasama dan keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Ads

“Saya dan suami pergi (ke balai polis) awal minggu ini dan keluarga suami beberapa hari lalu dan keluarga saya pergi pada hari ini. Alhamdulillah, untuk kehadiran ke balai polis sudah selesai.

“Kalau kita tengok ada banyak, pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf kerana… atas segala kesalahan SOP yang di dalam atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya.

Ads

Selain itu, Neelofa menerusi video yang dikirimkan turut akui khilaf atas hal yang telah berlaku.

Ads

“Kami mengakui dan terima dengan hati yang terbuka segala keputusan dan tindakan pihak berkuasa. Sekali lagi saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini dengan semua.

“Ada banyak hal yang saya terlepas pandang dan saya patutnya tunjuk contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” katanya.

Dalam kesempatan tersebut, Neelofa turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI