Pelakon Intan Najuwa, 24, tidak mahu mengulas lanjut mengenai status terkini dengan bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40.

Jelas Intan, dia kini memilih untuk menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum. Malah dia juga selesa dengan pendirian tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik cuma untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami secara terbuka, saya tak mahulah komen.

“Rasanya sebelum ini pun, semua sudah tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh nak umumkan status saya dengan bekas tunang.

“Saya sekarang ni lebih kepada ‘go with the flow’. Doakan yang baik-baik. Apapun, saya akui banyak belajar dari apa yang terjadi dahulu.

“Jadi oleh sebab itu, saya mahu menyimpan sendiri apa yang terjadi dalam hubungan saya,” katanya.

Ads

“Ada Banyak Hati Yang Perlu Saya Jaga,” – Mahu Simpan Sendiri, Intan Najuwa Perjelas Status Terkini Dengan Bekas Tunang

Intan turut menambah, hubungannya ketika ini agak ‘complicated’ untuk dijelaskan tetapi masih lagi baik dan positif.

“Ada banyak hati yang perlu saya jaga, hati keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam.

Ads

“Saya minta semua orang faham sebab mengapa saya mahu menyimpan sendiri. Saya juga mohon doa yang baik-baik dari semua pihak,” katanya kepada MH.

Mengulas mengenai reaksi bekas tunang terhadap statusnya sekarang, Intan mengakui si dia memahami dan memberi ruang buatnya untuk fokus dalam lakonan.

“Ada Banyak Hati Yang Perlu Saya Jaga,” – Mahu Simpan Sendiri, Intan Najuwa Perjelas Status Terkini Dengan Bekas Tunang

Ads

“Dia faham dan sekarang pun masing-masing mahu fokus terhadap apa yang dilakukan sekarang. Saya sendiri pun memang mahu fokus dengan lakonan dan bisnes tahun ini.

“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang sebelum ini pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 namun mereka putus sekitar Februari 2020 lalu.

Bagaimanapun, Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul pada Jun 2020 dan semenjak itu, bintang ini masih belum menjelaskan status hubungannya dengan lelaki berkenaan secara terperinci.

Intan ditemui di lokasi penggambaran drama 28 episod, Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production yang bakal bersiaran slot Akasia di TV3 Mac depan arahan Emi Suffian.

Selain Intan yang memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar ini, pelakon lain yang turut sama terlibat ialah Redza Rosli, Rita Nadhira, Wan Maimunah, Datuk Ahamd Tarmimi Siregar, Lydiawati dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI