Pengasas produk kecantikan ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi tampil menjelaskan situasi sebenar selepas video agihan pek vitamin di sekatan jalan rata (SJR) baru-baru ini menjadi tular sehingga mendapat kecaman netizen.

Menurut Iddin, pihaknya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum melakukan agihan berupa 1000 Vitamin C kepada pengguna jalan raya sekitar Bertam, Pulau Pinang.

Usahawan berusia 27 tahun ini juga menambah, dia sudah padamkan posting tersebut di Instagram atas sebab tertentu pada Jumaat, namun ia kembali diperkatakan selepas dikongsi pengguna Twitter.

“Ada Banyak Komen Pertikai, Kat Twitter Pun Kecoh,” – Tular Video Agih 1,000 Pek Vitamin C di SJR, Pengasas Produk Kecantikan Perbetulkan Salah Faham

“Ada Banyak Komen Pertikai, Kat Twitter Pun Kecoh,” – Tular Video Agih 1,000 Pek Vitamin C di SJR, Pengasas Produk Kecantikan Perbetulkan Salah Faham“Ckap psal video, plg mengejutkan skali, ada byk komen ptikai Pihak Berkuasa membenarkan keberadaan sy di roadblock Bertam Kepala Batas. Kat Twitter pun kecoh, mention isu ni.

“Smpi ada pengguna Twitter tag DS Ismail Sabri Yaakob utk mdptkan perhatian beliau atau kejelasan atas tindakn sy.

Ads

“Sbnarnya, sblm aktiviti itu dibuat, sy tlebih dulu mdpatkn kbnaran Polis & bg tau niat sy nk sumbang 1K unit vitamin ESW kpd org yg lalu SJR Bertam. Xkan la sy berani buat tnpa kbnrn kan?,” jelasnya.

Tambahnya lagi, inesiatif itu dilakukan sebagai mengenang komitmen petugas barisan hadapan yang komited sepanjang fasa pandemik COVID-19, selain memberi pendedahan soal penjagaan kesihatan pada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ESW (@iddinsyah)

Ads

“Ok 1st of all, pihak yg plg sy concern adalah Frontliners yg btugas. Bayangkan berjam2 kerja di SJR, bteduh bwh khemah, wlpn mereka kuat smgt tp sy ada cara sndiri nak say thank you dgn myumbgkan vitamin yg baru sahaja ESW keluarkn utk pastikn Frontliners kekal btenaga & hidrasi.

“Tindkn itu sbg satu awareness kpd org ramai, pntingnya pengambilan vitamin, lgi2 skrg ni kdr jangkitan Covid-19 tinggi.

“Ini mcm ‘small gesture’ sy sbg anak muda, juga warga yg prihatin. Sama gk dgn org lain yg bagi smbgn mknan kat hospital, pusat kuarantin, cuma cara sy beza sikit, guna produk sy sndiri.

Ads

“Lgipun, saya ada kat sna pun x lma. Skjp ja. Hrap smua faham situasi sy ya. Sy hrap pnjlsan ni dpt menghentikan spekulasi yg tular. Stay safe everyone!,” tulisnya lagi.

“Ada Banyak Komen Pertikai, Kat Twitter Pun Kecoh,” – Tular Video Agih 1,000 Pek Vitamin C di SJR, Pengasas Produk Kecantikan Perbetulkan Salah Faham “Ada Banyak Komen Pertikai, Kat Twitter Pun Kecoh,” – Tular Video Agih 1,000 Pek Vitamin C di SJR, Pengasas Produk Kecantikan Perbetulkan Salah Faham

Menerusi laman Twitter, video tersebut sudah pun mendapat lebih 30,000 kali tontonan selepas dimuatnaik Ahad lalu oleh pengguna yang menggunakan akaun @isskndarariffin.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI