Pencarian personaliti wajah #rihijab membuka mata dan persepktif pereka terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dalam memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi insan bernama wanita.
Jelasnya menerusi laman Instagram, dia cukup terharu apabila wanita daripada segenap pelusuk datang berkongsi cerita.
Malah perkongsian daripada bekas ‘pelacur’ dan bagaimana penerima wanita sekeliling membuatkan dirinya sedar, Allah itu Maha Pengampun.
“Lepaih habeh pencarian personaliti2 wajah #rihijab haghi tu.. cek balik dan cek jadi bengong sat apabila sesi tersebut menjadi bongkaran masalah masyarakat pada figura bergelar WANITA. Betapa selama ini kaum Hawa itu adalah satu kaum yg Allah cipta sememangnya untuk melengkapi para Adam.
“Saya mahu kempen ini meraikan dan menampilkan individu2 hebat yg bakal mewakili wanita muslim seluruh dunia sebagai contoh terbaik yg pernah kita dengar dari cerita2 para2 isteri Baginda Rasullullah SAW. Malah yg paling saya terharu hingga ada bekas ‘pelacur’ sendiri datang untuk berkongsi cerita beliau untuk dijadikan teladan pada kami semua pada hari itu.. tatkala beliau menceritakan apa yg terjadi pada kisah beliau.. wanita2 lain tampil ke arahnya dan berpelukkan (Allah itu Maha Pengampun) Suatu sight yg cukop hiba,” kongsinya.
Tambahnya lagi, dia berharap agar pelancaran hijab yang bakal keluar tidak lama lagi dapat membantu wanita menutup aurat dan aib diri, sekaligus mengangkat martabat seorang wanita.
“Semoga sehelai kain berpotongan segi empat yg bakal keluar ini akan membantu anda menghijabkan segala aurat dan aib anda, sekaligus mengangkat martabat sebagai wanita muslim sejati yg cukop patuh pada perintah Allah dan tidak ada lain yg kita kejar di Akhirat melalui isi Dunia ini hanyalah Syurga Nya semata mata.
#rihijab 2 April 2020,” ulasnya lagi.
Menerusi video yang dimuat naik juga, ditonjolkan bagaimana seorang ibu yang menghadapi masalah tulang belakang sehingga sukar berjalan selepas melahirkan anak dan bagaimana seorang wanita yang menjalani kehidupan dengan hanya mempunyai tujuh jari.
Terdahulu, Rizalman mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun membina jenamanya.
Foto : Instagram Rizalman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI