Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia baru sahaja menghadiahkan kedua ibunya itu sebuah rumah baru.
Menurut Ayda, dia berasa sangat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya itu sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.
“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
Ads
“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah,” luahnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ayda turut menyifatkan segala usaha dan kerja kerasnya selama ini hanyalah semata-mata demi membahagiakan kedua ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya.
Ads
“Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik.
“I love you. I will always takecare of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ayda akan lebih sukses pada masa akan datang.
Ads
Baru-baru ini, Ayda baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama pengacara, Nabil Mahir.
Majlis tersebut dijadualkan bakal berlansung pada tanggal 1 Januari 2021.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Khai Bahar akhirnya ubati kekecewaan peminat apabila bakal menjayakan Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.
Sebelum ini, umum mengetahui konsert sulung penyanyi berkenaan yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda ekoran penularan wabak COVID-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul, dia teruja dan terharu apabila pihak Nova Music sudi bekerjasama seterusnya memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.
“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert tahun lalu, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik.
“Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.
“Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya.
“Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini,” katanya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Bayang ini turut berharap semoga persembahan tersebut nanti mampu menebus kerinduan dan kekecewaan peminatnya.
“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.
“Namun, kehadiran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan mereka. Saya bersama pasukan dan pihak penganjur akan cuba memberikan yang terbaik.
“Biarpun lokasi persembahan tidak dapat memuatkan jumlah yang ramai, sekurang-kurangnya impian dan hasrat saya serta peminat untuk menjayakan persembahan berskala besar tercapai.
“Tipulah jika dalam kerjaya seseorang penyanyi dia tidak mengimpikan sesuatu yang besar dalam karier seni. Begitu juga saya, di mana mengadakan konsert ini satu daripada cita-cita yang belum tercapai. Jadi, doakan semoga segala perancangan menuju konsert ini dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Sementara itu, penerbit dan penganjur konsert, Rosmin Hashim berkata, pemilihan Khai adalah tepat kerana penyanyi itu mempunyai kekuatan peminat luar biasa selain banyak menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music danSeventeen Eleven Music.
“Kenapa Khai? Ini kerana dia antara penyanyi muda yang banyak lagu hits dan berjaya selain mempunyai peminat yang ramai.
“Kalau kita sebut nama Khai Bahar, memang cukup dikenali. Dia mempunyai kelompok peminat dari semua golongan dan peringkat umur. Selain itu, dia antara penyanyi yang bersih dari sebarang kontroversi,” katanya.
Ditanya adakah penganjuran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar itu disebabkan pembatalan konsert Khai terdahulu, Rosmin berkata ia berlaku secara kebetulan.
“Itu bukan punca kami buat konsert ini. Tak terfikir pun perkara itu. Cuma, kami berasakan sudah sampai waktunya kami menganjurkan konsert berskala besar.
“Lagi pula aktiviti persembahan pentas dan konsert kini sudah pun dibenarkan berlangsung. Orang ramai pun dahagakan hiburan persembahan secara langsung. Jadi, tidak salah kami mengorak langkah ini.
“Kami berasakan dia penyanyi yang tepat untuk buat konsert ini. Perancangan buat konsert ini pun secara kebetulan dibuat pada Oktober lalu. Selepas kami berjumpa dan berbincang dengan pasukan Khai, alhamdulillah, mereka terima pelawaan kami,” katanya.
Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar bakal diadakan secara hybrid fizikal dan virtual live. Ini membolehkan bukan sahaja peminat Khai Bahar dari Lembah Kelang untuk menonton konsert ini malah peminat beliau dari seluruh Malaysia dan rantau Asia.
Selain Khai, konsert ini turut menampilkan Aina Abdul dan Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.
Tiket konsert secara fizikal yang dijual dengan harga RM189.90 dan maklumat lanjut mengenainya boleh layari https://onetix.com.my/ manakala tiket tontonan konsert secara virtual yang dijual dengan harga RM69.90, RM79.90 dan RM89.90 boleh di beli dengan melayari https://www.cloudtheatre.com/my/.
Pelakon popular, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuanya, Nurlisa yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam peringkat ijazah di Curtin Universiti, Perth, Australia.
Menurut Rosyam, meskipun dia sekeluarga hanya dapat melihat majlis graduasi anaknya itu daripada jauh, namun, ia sudah cukup untuk membuatkan hatinya berasa sangat gembira.
Dikesempatan itu juga, pelakon filem KL Gangster 2 ini turut menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian membanggakan anaknya itu.
“Alhamdullilah. Papa Mama dan seluruh keluarga ucapkan tahniah diatas penerimaan Ijazah setelah 4 Tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia.
“Walaupun tak dapat bersama. Hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi. Dah 2 tahun tak berjumpa. Miss You and Love You @_nurlisa,” tulisnya.
Rasa gembira itu dikongsikan oleh bapa kepada lima orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Rosyam turut memaklumkan dia sekeluarga sebenarnya sudah dua tahuk tidak bertemu dengan anaknya memandangkan dunia ketika ini sedang berpedang dengan pandemik Covid-19.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Nurlisa.
“Tahniah Datuk sekeluarga.
“Alhamdulillah, tahniah buat Datuk sekeluarga dan anaknya, Nurlisa.
“Alhamdulillah, tahniah dan syukur buat Datuk Rosyam sekeluarga atas kejayaan anakanda.
“Salam tahniah kerana berjaya membuat papa dan mama gembira dengan kejayaanmu.
“Alhamdulillah, tahniah Datuk. Semoga dipermudahkan dunia akhirat. Ameen,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Rosyam kini telah pun diberikan kepercayaan untuk menjadi salah seorang juri di dalam program pencarian bakat, Hero Remaja 2021.
Program Hero Remaja 2021 akan berisaran selama lapan episod pada setiap hari Sabtu bermula 11 September ini jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Pengalaman bersama-sama 12 finalis ‘Hero Remaja 2021’ ini turut boleh disaksikan menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja.
Sumber: Instagram Datuk Rosyam Nor & Nurlisa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanda pagar #countingdays kerap digunakan di laman Instagram, pelakon Isa Khan berkongsi kisah cinta yang jelasnya walau cukup singkat.
Namun bintang ini bersyukur perjalanan jodohnya bakal berakhir di jenjang pelamin.
Luah Isa, pada peringkat awal, agak sukar untuk menawan hati si kekasih, namun berkat usaha dan keberaniannya, cinta bakal Bersatu sebagai suami isteri.
“Sudah pasti ga sesingkat ini cerita cinta aku, untuk bisa memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa” aku. Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak pemantasan diri untuk pantas kamu cintai.
“Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta. Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah,” tulisnya.
Pasa masa sama, entri yang turut disertakan dengan foto dua keping kad pengenalannya bersama si dia turut mengundang perhatian.