“Ada Benda Saya Kena Capai Sebelum Kahwin,” – Syukur Allah Makbul Doa, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Baru

Share

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia baru sahaja menghadiahkan kedua ibunya itu sebuah rumah baru.

Menurut Ayda, dia berasa sangat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya itu sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.

“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah,” luahnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ayda turut menyifatkan segala usaha dan kerja kerasnya selama ini hanyalah semata-mata demi membahagiakan kedua ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya.

“Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik.

“I love you. I will always takecare of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ayda akan lebih sukses pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Ayda baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama pengacara, Nabil Mahir.

Majlis tersebut dijadualkan bakal berlansung pada tanggal 1 Januari 2021.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Published by
Aizam Manaf