Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Zamani membuat penonton tidak senang duduk apabila secara seloroh mengakui dia sudah berpunya apabila diminta untuk memilih di antara enam finalis Dewi Remaja terbaru.
Terdahulu, keenam-enam gadis tersebut hadir mengisi slot sejurus persembahan Zamani dan Ameng bagi mempromosikan program realiti Dewi Remaja yang akan bersiaran di Astro Ria bermula Ahad, 25 November depan di Astro Ria.
“Tak apalah, saya dah ada dah,” kata Zamani ringkas. Sementara Ropie juga turut hadir bagi mempromosikan program Maharajalawak Mega.
Mengulas lebih lanjut mengenai pengakuan yang dibuatnya secara langsung di malam akhir semalam, penyanyi Gerimis mengundang ini tidak menafikan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang.
“Buat masa ni saya ada berkawan dengan hamba Allah ni. Saya belum bersedia nak kongsi takut nanti kalau tak jadi, malukan? Jadi nanti kalau sudah pada fasa yang lebih serius, insyaAllah saya akan kongsi dengan rakan media,” terang Zamani jujur kepada MH.
Ditanya mengenai tempoh perkenalannya dengan wanita tersebut, Zamani memberitahu dia sudah lama mengenali, cuma baru-baru ini hubungan menjadi lebih serius.
“Kawan dah lama dah, hampir lima tahun. Dia boleh faham saya dan seorang yang baik. Pada saya, dia banyak tolong dan pada masa sama, dia cuba faham saya.
“Kita ni manusia, memanglah banyak kelemahan, jadi dia pun boleh terima dan boleh faham saya,” kata Zamani yang tidak mahu komen lebih apabila diajukan persoalan sama ada wanita tersebut ada menonton persembahannya sepanjang bersaing di GV5.
Jom ikuti temu bual penuh bersama Zamani menerusi FB Live MH.
#MHLIVE ini komen Zamani mengenai kemenangannya di tempat ke3 dalam GV5 dan dia turut berkongsi mengenai wanita yang kini bertakhta di hati, amboi!
Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 18 November 2018
Foto: Instagram Zamanieri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menjadi bualan ramai apabila syarikat gergasi telefon pintar, Apple sudah mengeluarkan produk terbaru iaitu iPhone 11, 11 Pro, and 11 Pro Max, sejak beberapa hari lalu.
Tidak ketinggalan, pelakon popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) turut teruja apabila berjaya memiliki telefon pintar iPhone 11 Pro Max keluaran terbaru berkenaan.
“Right now shot on iPhone X…can’t wait to shoot on iPhone 11 Pro Max…spoilt for choice…wow 3 camera set up.
“What next!? Thanx @apple for this powerful device! #shotoniPhoneProMax,” tulisnya.
Difahamkan, penjualan iPhone tersebut bermula pada hari ini Jumaat (27 September 2019) di India.
Melalui laman web rasmi Apple Malaysia telah kongsikan harga jualan rasmi di Malaysia yang dijual bermula hari ini, 27 September.
iPhone 11 = RM3,399 (64 GB)
RM3,599 (128GB)
RM4,099 (256GB)
11 Pro = RM4,899 (64 GB)
RM5,599 (256GB)
RM6,499 (512GB)
11 Pro Max =RM5,299 (64 GB)
RM5,999 (256GB)
RM6,899 (512GB)
Foto : Instagram Shah Rukh Khan/ The Indian Express/ Apple Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila bercakap mengenai usahawan sensasi, Sajat, apa sahaja yang dilakukan pasti akan ada reaksi pelbagai netizen.
Misalnya baru-baru ini, penyanyi Makhluk Penggoda yang kini sedang mengikuti kursus pengajian dandanan rambut di Labenon ada memuat naik video kandid konon sedang dikejar media.
Video secara suka-suka yang dilakukan itu menarik perhatian ramai, apatah lagi apabila dia dikatakan sudah bosan apabila sering ditanya mengenai isu kahwin.
“I dah kata, i lambat lagi kahwin, boleh tak jangan paksa i kahwin. Paksa i berubah-ubah. Peninglah… tak kuasalah,” antara yang dipinta usahawan tersebut menerusi video yang dimuat naik.
Sehingga kini, video pendek tersebut sudah pun ditonton lebih 140,000 kali.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tinggal beberapa sahaja lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dan pasti ia menjadi detik manis bersama keluarga dan sanak saudara.
Namun, lain pula ceritanya apabila Linda Rafar pula merasakan raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana dia telah kehilangan ibu tercinta awal tahun ini.
“Tahun ni xtau laa mcmne nak raya tanpa mak pulak?? dulu 2005 tanpa arwah abah..baru nk recover 2014 arwah anak pulak pergi tinggalkan linda..
“Dan tahun ni 2019 arwah mak pulak pergi selamanyaaa.. ya allah memang tiada rasa nikmat hidup.. dah tak happy mcm tahun sebelum ni.. allahuakbar kuatkan aku..aku sepi😭🤲🏻#prayforciknon #prayformemen,” tulis Linda sedih.
Terdahulu,Allahyarham,73 menghembuskan nafas terakhir pada 11 Januari lalu di Hospital Shah Alam akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Foto/Video : IG Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI