Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai isu seorang artis difahamkan telah membela haiwan terlarang, iaitu beruang matahari, di kediamannya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menahan seterusnya mengambik tindakan sepatutnya terhadap pelaku dan menurut beberapa artikel yang dikeluarkan, individu tersebut dikatakan menyangka binatang yang dibelanya merupakan seekor anjing.
Susulan insiden tersebut beberapa selebriti telah tampil memberi reaksi dan terbaru, pelakon Rita Rudaini telah meluahkan rasa sedihnya.
Perkongsian tersebut dibuat ibu kepada dua cahaya mata ini bersama peminatnya di laman media sosial Instagram.
“Kesian…mcm mana bole tinggal mcm tu? Kucing pon sisturr p tinggal kt hotel kucing..sbb depa bukan bole masuk dapoq kupas bawang tumih masak maggi klau lapaq.
“sisturr dok pikir lama jugak…klau dah tau tu BERUANG, p la serah kt yg berhak..klau xtau nk buat lagu mana, p balai polis mintak bantuan.
“klau ingat anjing pon xkn bole stop ambik? Pastu sah2 beruang, mmg ada binatang yg kita xbole simpan…xkan xtau? Klau xda akta, sisturr pon nak bela rimau n singa kt umah.
“naya beruang tu lapar…dia bukan biasa dok kondo…mana la dia tau nak cari mkn lagu mana….dh tau tu beruang,p kurung pulak.
“bukan nk p buat pesah cpt2 antaq kt yg berkuasa….bole plak balik raya tggal….sisturr mmg xle terima…sisturr syg binatang…
“sedih tgk…nasib baik xjatuh tingkap …pikir la cerdik skit…klau jumpa binatang2 yg xle simpan,cpt2 p antaq kt jabatan perhilitan…klau jumpa manusia berhati binatang pon,cpt2 antaq jugak,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, perkongsian bintang filem Mami Jarum Junior itu mendapat komen pelbagai dan rata-ratanya sependapat dengan Rita.
Diharapkan perkara ini boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada semua.
Foto : Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI