Sah disatukan sebagai suami isteri pada 22 Februari lalu, pasangan pengantin baharu, pelakon Raysha Rizrose dan suami, Nabil Jeffri, 30, akhirnya selesai mengadakan majlis resepsi pada malam Ahad.

Berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, penampilan Raysha atau nama sebenar, Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, memukau mata setiap yang melihat dua persalinan busana serba elegan dan anggun yang digayakannya pada malam itu.

Menerusi persalinan pertama, Raysha dan Nabil memilih songket hijau zaitun rekaan Rizman Ruzaini yang diberi detailing cukup menarik lebih-lebih lagi di bahagian lengan serta dada baju.

Pereka fesyen itu berkongsikan gambar pasangan mempelai di laman Instagram miliknya serta memperincikan keindahan kebaya yang direka mereka.

“Berseri-seri pengantin baru, Raysha dalam persalinan Rizman Ruzaini Bridal Couture.

“Kebaya songket berkain duyung diperindahkan dengan tintaan batuan mengilau,” tulis pereka fesyen duo itu.

Ads

Manakala untuk busana kedua, Raysha menggayakan gaun rona kelabu manakala sang suami tampil kacak dengan sut hitam putih.

Menurut Rizman Ruzaini, gaun tersebut mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Ads

“Untuk persalinan kedua, kami suntikkan kisah dogengan ke dalam ball gown Raysha ini.

“Gaun mega ini dititip dengan perincian batu kristal dan swarovski yang mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan,” tulis Rizman Ruzaini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat melahirkan rasa kagum dan wow dengan hasil kerja Rizman Ruzani malah memuji kecantikan Raysha dalam persalinan tersebut.

“Lawa gila.

“Simple but elegant.

Ads

“Perfect!

“Lawa macam kerabat.

“Muka ada class, seriously cantik mahal.

“Cantik sangat, warna yang sesuai dengan pasangan ni.

“Macam kerabat diraja, elok sesuai, semoga till jannah,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI