Berita

Ada Dalam ‘Senarai Terkini Untuk Dihalalkan’, Reaksi Bella Astillah – “Saya Rasa Sangat Sedih Nampak Nama Di Situ.”

Share

“Saya rasa sangat sedih nampak nama di situ…”

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sejurus ditanya mengenai apa reaksinya apabila mengetahui namanya antara dalam ‘senarai terkini untuk dihalalkan’ yang dibuat oleh segelintir netizen di media sosial, kebelakangan ini.

Selain Bella, ada lima lagi nama selebriti wanita lain yang kini sudah pun berpisah dengan suami masing-masing turut tersenarai.

“Saya tak rasa gembira pun apabila nampak apa yang dikongsikan itu. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya (sudah berstatus ibu tunggal).

“Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Konsert A Night With Sumandak Stars, di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun terkilan sekiranya ada pihak yang cuba untuk mempermainkan perkara itu.

“Kalau ditanya bila nampak senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan.

“Cuma bila ada ketika ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, rasa sedihlah. Sebab saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin, kemudian kita merancang untuk bercerai.

“Tinggal lagi sekarang saya mahu menjaga diri dan pandang ke depan. Saya okay sahaja cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda.

“Saya kini lebih senang untuk beri fokus kepada soal kerjaya dan anak-anak sahaja, terima kasih,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial #MHnews Leraikan spekulasi, Bella Astillah akhirnya menjelaskan mengenai posting terkini yang dilakukannya di Instagram, awal hari ini. Ia sebenarnya adalah sebagai gimik bersempena dengan penglibatannya menerusi Konsert A Night With Sumandak Starts yang akan berlangsung pada 30 November depan. Bella bagaimanapun tiba-tiba sebak bila mengulas mengenai ada warganet yang membuat senarai mengenai selebriti wanita yang kini sudah bergelar ibu tunggal #MHnews
#MediaHiburan #FYP ♬ A little sad soothing music relaxing piano(1538123) – Kei
Published by
MH