Penyanyi, Nora Ariffin menyifatkan dirinya masih terasa dekat dengan Allahyarham suaminya, Johan Nawawi meski pun telah hampir tiga tahun arwah meninggal dunia.
Bagaimanapun, Nora tetap meluahkan rasa sedih kerana sudah hampir dua minggu dia tidak berkesempatan untuk menziarahi pusara suaminya itu dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuat kuasakan ketika ini.
“Ada dalam tiada. Dua minggu tak dapat ziarah kubur. Hanya hadir dalam mimpi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan dapat kembali pulih seperti biasa.
Terdahulu, Allahyarham Johan yang juga merupakan seorang komposer telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Sumber: Instagram Nora Ariffin