Kumpulan, Caliph Buskers merayu pihak penganjur yang telah menjemput mereka untuk membuat persembahan disebuah acara untuk segera melunaskan bayaran seperti yang telah dijanjikan.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, wakil kepada Caliph Buskers memaklumkan pihaknya amat kecewa dengan tindakan pihak penganjur meskipun selepas bertolak ansur untuk tidak meminta wang deposit sebelum membuat persembahan.
“‘Tolonglah, Kami benar-benar memerlukan wang itu’. Kepada pihak penganjur yang berkenaan, tujuan kami membuat perkongsian ini ialah sebagai memberitahu kalian yang kami ahli kumpulan Caliph Buskers berserta crew sangat memerlukan wang yang telah dijanjikan kepada kami dari kerja yang sudahpun kami laksanakan.
“Setelah tolak ansur yang kami berikan termasuklah tidak memaksakan deposit yang sepatutnya kami ambil sebelum persembahan, kami juga memohon sangat-sangat tolak ansur kalian untuk dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami,” tulisnya.
Katanya lagi, bagi memenuhi jemputan ini, Caliph Buskers telah menolak beberapa tawaran lain dek kerana lokasi persembahan yang agak jauh.
“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian.
Ads
“Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan.
“Kami telah mengeluarkan kos untuk membayar minyak, tol dan gaji krew kami.
“Kami juga telah meluangkan masa, tenaga dan meninggalkan ahli keluarga kerana tempat persembahan yang jauh dengan harapan dapat membawa duit belanja untuk anak dan isteri kami,” ujarnya lagi.
Ads
Lantaran itu, pihak Caliph Buskers berharap agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum mereka memutuskan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Malah, mereka juga bersedia untuk menerima pembayaran secara ansuran.
“Setelah itu semua kami lakukan, takkanlah satu sen pun kami tak dapat terima dari kalian? Tolonglah kami. Kalau tak mampu bayar penuh, bayar sedikit-sedikit pun jadilah. Ini satu sen pun tak ada.
Ads
“Mohon kalian kasihankan kami sebelum kasihan kami pada kalian hilang dan memaksa kami bertindak tidak seperti yang kalian inginkan,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi surat rasmi bertarikh 12 Disember 2022 yang dikongsikan di Instagram, pihak penganjur dikatakan telah berjanji untuk membuat pembayaran dalam masa lima hari bekerja dari tarikh persembahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Caliph Buskers
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zainol Macwilson menzahirkan rasa syukur apabila anak keduanya, Siti Zullaikha Macwilson telah pun tamat pengajian yang diduduki.
Meski tidak dapat hadir ke majlis graduasi kerana masih berada di Malaysia atas faktor semasa, Zainol bagaimanapun turut berbangga atas pencapaian puterinya itu.
“Allahuakbar! Al’hamdullilah! Ratu saya yg nombor 2 Nur Zulaikha Macwilson telahpun tamat pengajiannya di Curtin University, Perth Western Australia dlm bidang “Health Science” dan hari ini adalah hari konvonya, saya tak dpt hadir kerana saya masih kat M’sia.
“Apa-apa pun, saya tetap bersyukur pd Allah di atas kejayaan anak saya! Syabas Laikha. Lots of luv from me,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah buat Zulaikha.
Sementara itu, Zahirah turut mengucapkan ucapan sama atas kejayaan yang diraih adik tersayang menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.
Foto: Instagram Zainol, Zahirah Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Achey memaklumkan anaknya, Tiara terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah mengalami gejala demam yang berpanjangan.
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, hasil pemeriksaan, pihak doktor mendapati terdapat tonsil yang agak besar di bahagian tekak anaknya itu.
“Tiara demam on off yang agak tinggi. Makan muntah, makan muntah, kita tak boleh tahan tengok. Pertama kali ke hospital nampaknya selama 4 tahun.
“Syukur hospital Uitm Puncak Alam dah beroperasi. Sampai doctor terus check dan amek darah dia. Bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh salah seorang anggota kumpulan Bocey itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Bagaimanapun, Achey tetap lega simptom anaknya itu tidak terlalu.
Katanya lagi, hatinya juga agak luluh setelah melihat keadaan anaknya yang lemah dan tak bermaya.
“Dua jam je dapat keputusan darah. Alhamdulillah takda apa-apa namun terlepas juga air mata jantan aku tengok. Yelah kecoh kehidupan tiba-tiba senyap lemau je dia. Tangkap emosi oo.
“Pesanan jaga diri dan keluarga semua. Moga yang melalui ujian sakit diberikan syifa dan kesihatan berpanjangan. Thank you. Doakan Tiara,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semua Tiara lekas sembuh daripada penyakitnya itu.
Pada masa sama, Achey turut menasihatkan semua pihak untuk sentiasa memantau keadaan kesihatan agar tidak melarat dikemudian hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas selamat bersalin pada 2 Januari lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada memuat naik beberapa keping foto terkini anak kedua, Raden Seri Rossabella Cinta.
Mawar atau nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan anak perempuanya itu kini sudah mencecah usia sebulan.
Sambil menzahirkan rasa syukur, finalis Dewi Remaja 2015 ini turut menyifatkan masa berlaku begitu pantas bila melihat perkembangan permata hatinya itu.
“Happy 1 month old Cinta Hati mommy Mommy geram gila tgk gambar2 cinta ni tak sangka ada baby girl dah.
“Alhamdulillah Ya Allah cepat betul masa berlalu, dah sbulan @rossabellacinta,” tulis pelakon TQ Captain ini pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia lebih 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!