“Ada DM, Kata Saya Guna Cable Sebab Golongan Kayangan La…,” – Pakai ‘Orang Dalam’ Terima Vaksin? Nabila Huda Perbetulkan Dakwaan

Share

Pelakon, Nabila Huda mengakui berasa sedikit kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak henti-henti mengecamnya gara-gara isu pengambilan vaksin.

Tindakan Nabila itu telah pun dipersoal ramai pihak kerana ada yang beranggapan pelakon tersebut masih belum layak untuk menerima suntikan vaksin memandangkan dia baru sahaja sembuh daripada wabak Covid-19 kurang sebulan yang lalu.

Menerusi posting tersebut, Nabila turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya telah mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ atas tiket selebriti.

“Nah ni untuk sesiapa yang tengah bercakap belakang mempersoalkan atau sedang menyiasat kenapa doctor membenarkan saya di vaccine sampai cakap doctor tak ikut procedure lah.

“Ada yang dm kata saya guna cable sebab golongan kayangan la, selfish la, sebab artis la, call orang dalam percepatkan vaccine dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya.

“Sampai saya pulak jadi bersalah sedangkan saya tak salah apa-apa pun. Saya pergi ikut tarikh ditetapkan and tak potong que pun. Saya bagitau jujur kat doctor status saya, then dia proceed saya ke bilik yang nak amik AZ vaccine,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anak kepada penyanyi, Amy Search itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, niat asalnya memuat naik gambar selesai divaksin hanyalah sekadar untuk membantu kerajaan bagi memupuk kesedaran terhadap orang ramai tentang kebaikkan vaksin

“Saya post gambar saya sudah di vaccine bukan niat nak menyakiti hati orang, saya post sebab saya nak share awareness untuk bagi hint yang saya ex covid dan saya dapat vaccine saya after a month dan boleh bagi semangat kat korang yang mungkin tak perlu tunggu berbulan-bulan macam diheboh-hebohkan.

“Tapi jadi lain pulak..But it’s ok,saya maafkan..kkm update info ni pada 31 may 2021.. kepada mereka yang marah dengan saya semalam yang sampai sanggup cari balik conversation saya dengan Fiza on twitter pada 25hb may tu, macamana boleh terlepas pandang info dari kkm ni ek?

“I think start from today onwards, selain dari pada kite sibuk scroll up and down instagram or tiktok nak tengok update kehidupan orang, ringankan tangan untuk tengok jugak update terkini sebelum fitnah orang. Yang dah dapat tu patut kite bersyukur je la untuk dia bukan mempersoalkan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Diva Popular ini turut berpendapat orang ramai sepatutnya tidak mempersoalkan keputusannya itu kerana bila tiba masanya nanti, anda juga akan divaksin.

“Sama lah macam masa i positive covid i cakap i kena sbb kecuaian org, tapi korang kutuk cakap tak payah la salah-salahkan orang ni kan ujian dari allah, kite kena redha, allah dah pilih kite untuk kena. Sama la macam vaccine ni, semua ni dah tertulis. Kite kena redha.

“Orang tu dah terpilih. Allah bagi rezeki kan? Yang mana kawan2 and followers saya yang belum dapat vaccine, or masih menunggu tarikh, saya doakan anda akan dapat secepat mungkin ok.

“Guys!! Yang penah positive dah tak payah tunggu dah lama2..wuhooo!! Good news untuk semua covid survivor..Tapi apa2 pun, kena tanya doctor jugak masa consultant tu ok? Stay home and stay safe everyone!,” akhirinya.

Published by
Aizam Manaf