“Pelakon baru jangan mudah untuk rasa ‘aku dah buat… dah jadilah’. Tak boleh begitu.” Itu kata pelakon senior, Wan Hanafi Su apabila ditanya mengenai pelakon pelapis yang boleh pergi jauh dalam bidang lakonan menurut padangannya.

Bagaimanapun katanya, ada beberapa orang pelakon yang dikenal pasti mampu pergi jauh dalam dunia lakonan andai terus berusaha mengekalkan kualiti seiring populariti, tanpa terpengaruh dalam isu sensasi hingga mencetuskan viral.

“Ada dua tiga pelakon yang saya kenal pasti, boleh pergi jauh. Memadai kalau saya ada yang saya kenal dua tiga orang yang boleh pergi jauh.

“Tapi pada masa sama saya juga risau juga bimbang mereka nanti terpengaruh dengan lingkungan sosial media, hal viral. Saya rasa sosial media ini boleh jadi bahaya kalau tidak diuruskan dengan baik.

“Selalunya hal yang menjadi viral adalah benda yang tidak bagus. Benda yang sensasi, membangkitkan keinginan untuk orang nak tahu terhadap sesuatu dan ia tidak semestinya bagus.

“Jadi saya tidak percaya pada hal-hal viral, tambah lagi saya tidak berapa berkenan jika sistem menilai populariti seseorang itu bergantung kepada berapa ramai followers. Saya satu orang pun tak ada followers. Saya tiada apa, Instagram pun tiada. Cuba periksa… tak ada,” katanya jujur.

Ads

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013 ini pada masa sama turut memberi reaksi apabila ada pihak yang memberikannya gelaran sebagai seorang seniman.

“Kamu yang cakap, saya tak pernah cakap. No… Belum kita sama-sama mencari. Apa yang saya dapat baru, saya bagi.

“Kalau awak nampak benda tu baru, awak boleh terima dengan syarat ia membina atau tidak. Kalau kita berikan sesuatu yang baru tetapi merosakkan akidah, merosakkan moral…Buat apa?,” jelas bintang yang mesra disapa sebagai Ayah Wan ini.

Ads

Terdahulu, pelakon berusia 68 tahun ini ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah & Pelakon Utama Filem Garang di Alvina Empire, Petaling Jaya, baru-baru ini.

“Ada Dua Tiga Pelakon Yang Saya Kenal Pasti, Boleh Pergi Jauh. Tapi Risau…,” – Wan Hanafi Su Buka Cerita Fasal Pelakon Baru

Filem yang digarap bersempena dengan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut setiap 3 Disember ini diarahkan oleh Kan Varren.

Ads

Mengambil inspirasi daripada kehidupan individu sebenar, filem terbitan Sakti Film Sdn. Bhd ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 5 Disember depan.

Selain Wan Hanafi Su yang mendukung watak antagonis sebagai Saiful, filem ini turut dilakonkan Ahmad Maembong sebagai hero, Pablo Amirul, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.

Ikuti temu bual penuhnya di sini;

View this post on Instagram

“Siapa yang bakal jadi pelapis?, Ini jawapan orang lama. Win!

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI