Tiada lagi kelibatnya menerusi program Meletop, Neelofa yang sentiasa positif akui dia kini sedang fokus untuk mengembangkan kerjaya ke Indonesia.

Malah katanya lagi kepada MH, dia bakal berangkat ke sana pada Sabtu ini bagi memulakan sesi perbincangan beberapa projek di sana.

Pada masa sama, usahawan ini turut sedang dalam rangka mencari material sesuai selain merancang untuk berlakon Indonesia.

“Selepas Meletop, saya sedang cuba membina kerjaya di Indonesia. Saya akan ke sana Sabtu ini untuk sesi perkenalan dan mencari material yang sesuai untuk memulakan langkah di sana.

“Jadi saya minta semua doakan supaya keputusan yang dibuat ini membawa tuah, berkat dan dipermudahkan.

IKLAN

“Di sana nanti, insyaAllah saya akan memulakan kerjaya dengan filem dan kemudian baru beralih kepada program televisyen,” jelasnya.

Terdahulu, Neelofa ditemui pada Majlis Top Beauty Entrepreneur 2020 anjuran Majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.

Menyedari masih ramai peminat yang sukar untuk ‘move on’ dan masih rinduinya di set MeleTop, Neelofa menyifatkan peminat akan secara perlahan-lahan dapat menerima perubahan tersebut.

IKLAN

“Apa yang saya tahu, untuk beberapa minggu ini mereka akan bertukar hos Meletop setiap minggu sehinggalah waktu tiba diumumkan hos tetap secara rasmi.

“Insyaallah penonton secara perlahan-lahan akan boleh menerima pengganti saya. Tapi sebenarnya Nabil sumbangkan lebih banyak daripada saya.

IKLAN

“Ada atau tiada saya, Meletop masih tetap akan meletup. Tapi saya akui chemistry antara saya dan Nabil mungkin susah wujud dengan orang lain.

“Ini kerana, masing-masing ada karakter tersendiri,” ulasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Neelofa hadir bersama ibu, Datin Noor Kartini, pengasas Young & Glow bagi menerima anugerah Nona Top Beauty Entrepreneur pada majlis berkenaan.

Foto : Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI