Penyanyi, Lan Solo mengakui dirinya berasa berdebar ketika merakam kembali sewaktu anak bongsunya, Nur Aman Quxandra menjalani pembedahan bagi membetulkan bibir sumbing.
Menurut Lan, setiap ibu bapa pasti akan merasai hal sama disaat melihat anak mereka memasuki bilik pembedahan sambil menangis teresak-esak.
Rasa sedih yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
“Masa tu rasanya setiap ibu bapa akan merasai hal yang sama bila anak masuk dalam bilik bedah dan menangis-nangis.
“Untuk pengetahuan, anak saya tidak dibenarkan makan ataupun minum sebab dia kena berpuasa untuk jalani pembedahan.
“Contohnya dia last boleh minum pukul 12 malam, kami terpaksa kejut dia untuk minum walaupun itu bukan masanya untuk minum.
“Bila lihat anak saya tak makan tak minum sayu hati saya sebab ini pengalaman saya yang pertama,” jelasnya.
Lan berkata dimikian ketika ditemu ramah sewaktu pengambaran program Famili Firdaus di kediamannya di Puchong, bulan lalu.
Tambah penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu lagi, anaknya kini masih dalam tempoh pemerhatian kerana bimbang rekahan dibibir masih lagi berlaku.
“Dia kini dalam tempoh pemerhatian sebab kemungkinan sebelum ini dia ada garisan di bahagian lelangit walaupun telah dicantumkan bibirnya masih ada satu jalur.
“Doktor beritahu bimbang akan ada rekahan berlaku mengikut proses tumbesarannya.
“Tapi alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja,” tambahnya lagi.
Paparan kisah menarik mengenai keluarganya, telah pun disiarkan menerusi program Famili Firdaus edisi khas Nuzul Quran pada 22 Mei 2019 jam 7.30 malam, di Astro Oasis (106) dan Oasis HD (122) lalu.
https://www.instagram.com/p/Bxwa1ZmjCd9/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI