Pemilik Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi selebriti popular, Noor Neelofa yang selamat dikurniakan cahaya mata pertama, Muhammad Bilal Januari lalu.
Malah, pemilik nama lengkap Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, 30, ini turut meminta golongan yang berkahwin agar tak putus harap dalam usaha mendapatkan zuriat.
“Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha.
“Semoga suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular. Ia hadir dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah dan 30 peratus campuran jamu.
“Malah ia juga dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit. Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus,” katanya mengnai produk viral yang dihasilkan.
Malah tanpa berselindung, setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata.
Ads
Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu terus membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.
“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak. Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.
“Malah ada digelar dengan panggilan mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin Tuhan, derita itu bertukar bahagia,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.
“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Termasuklah Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.
Ads
“Malah kebanyakan daripada artis itu digunakan khidmat mereka mempromosikan tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiatjeli berkenaan seperti wanita lain.
“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.
Dalam pada itu, Syarifah Khyra turut mengumumkan bermula 20 hingga 27 Disember ini, akan diadakan jualan hujung tahun dengan diskaun sehingga 15 peratus.
“Ini masanya untuk membeli jeli ajaib ini dengan harga istimewa. Yang sudah menggunakannya sebelum ini, boleh beli lagi buat stok. Yang belum pernah mencuba pun, inilah masa untuk merasai faedah dan keberkesanannya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja 2020, Haziq Nazimuddin selesa digelar ‘Flower Boy’ kerana mempunyai kisah unik di sebalik panggilan tersebut.
Anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini berkata, minat yang mendalam terhadap mengubah bunga-bungaan menjadi satu kelebihan dalam dirinya.
“Saya pernah beri teman istimewa sejambak bunga kira-kira tiga tahun lalu. Namun, hubungan kami hanya bertahan selama satu tahun sahaja dan dari situ tercetusnya inspirasi untuk saya menjalankan perniagaan mengubah bunga.
“Saya juga berterima kasih kepada ‘si dia’ kerana hadir dalam hidup saya dan membuka mata saya untuk mencetuskan perniagaan mengubah bunga ini.
“Ia sekali gus, memberi peluang terbaik bagi saya untuk menonjolkan sisi lain yang ada pada saya,” katanya ketika dihubungi.
Mengusahakan perniagaan bersama lima orang rakan sekerja, jejaka berusia 23 tahun ini akui berbangga dengan kebolehannya sendiri.
“Kalau kita tengok setakat ini, tidak ada lagi artis lelaki yang pandai gubah bunga dan saya berbangga dengan diri saya kerana berjaya mengubah lebih 300 jambak bunga atas permintaan ramai setakat ini.
“Ia juga merupakan sesuatu yang luar biasa,” ujarnya.
Berkongsi lebih mendalam, Haziq juga pernah mengubah bunga untuk majlis resepsi pelakon Raja Ilya dan Final Dewi Remaja 2019.
“Perkara saya tak boleh lupakan adalah saya pernah menaja tujuh jambak bunga untuk Final Dewi Remaja 2019 ketika pengumuman pemenang dan majlis perkahwinan Raja Ilya pada September 2019 di Magica Grand Hall, Star Avenue, Subang,” kongsinya yang mempunyai perancangan untuk membuka kedai bunga sendiri.
Pelakon Zainol Macwilson menzahirkan rasa syukur apabila anak keduanya, Siti Zullaikha Macwilson telah pun tamat pengajian yang diduduki.
Meski tidak dapat hadir ke majlis graduasi kerana masih berada di Malaysia atas faktor semasa, Zainol bagaimanapun turut berbangga atas pencapaian puterinya itu.
“Allahuakbar! Al’hamdullilah! Ratu saya yg nombor 2 Nur Zulaikha Macwilson telahpun tamat pengajiannya di Curtin University, Perth Western Australia dlm bidang “Health Science” dan hari ini adalah hari konvonya, saya tak dpt hadir kerana saya masih kat M’sia.
“Apa-apa pun, saya tetap bersyukur pd Allah di atas kejayaan anak saya! Syabas Laikha. Lots of luv from me,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah buat Zulaikha.
Sementara itu, Zahirah turut mengucapkan ucapan sama atas kejayaan yang diraih adik tersayang menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.
Foto: Instagram Zainol, Zahirah Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil memberikan penjelasan selepas namanya turut dikaitkan berikutan video prank seorang individu yang mencampakkan kek ke muka seorang wanita tular di media sosial.
Menurut Aznil, individu yang memuat naik video tersebut merupakan salah seorang peserta program Raja Viral yang menampilkan dirinya sebagai salah seorang juri.
Katanya lagi, kesemua peserta telah pun diberikan panduan tentang penghasilan konten-konten viral, namun perkara ini berlaku di luar pengetahuannya.
“Saya tahu respon daripada orang ramai mengenai video viral itu turut membabitkan nama saya. Saya nak bagitahu, saya merupakan mentor untuk program Raja Viral yang akan ditayangkan di Tik Tok dan YouTube.
“Saya dan mentor lain mengajar mereka tentang penghasilan konten-konten viral. Kami dah bawakan Izuan juga sebagai contoh agar perkara ini tidak berlaku lagi.
“Mereka telah dibimbing untuk tidak menimbulkan perkara yang merumitkan tapi sekarang dah jadi,” katanya menerusi sebuah video di Instagram.
Dalam pada itu, Aznil turut memaklumkan dirinya telah diberitahu, segala kejadian di dalam video terbabit hanyalah lakonan semata-mata untuk melakukan eksperimen sosial terhadap masyarakat.
“Ini perkara yang ingin saya jelaskan. Kita dah banyak kali pesan agar tidak melakukan konten-konten prank sebegitu kerana ia akan memakan diri. Saya baru tahu, rupanya dia telah membayar semua yang terlibat di dalam video tersebut.
“Dia bayar makcik yang kena kek itu, ibu kepada kakak tersebut, adik OKU dan juga semua kanak-kanak di situ. Mereka semua adalah pelakon-pelakonnya. Ini adalah di luar pengetahuan saya.
“Silap dia adalah kerana tidak mendedahkan prank tersebut hanyalah lakonan semata-mata. Saya tanya apa tujuan dia buat video tersebut? Dia kata itu adalah eksperimen sosial untuk melihat kepekaan orang di sekeliling untuk menangkap si pelaku.
“Lalu dia menjawab, tiada pun yang datang menolong. Itu adalah mesej yang ingin dia sampaikan,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Aznil turut berharap agar penerangannya itu dapat menjelaskan mengenai kedudukannya di dalam isu ini.
Malah, dia juga berjanji akan bertanggungjawab untuk membimbing para peserta agar perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Sebagai mentor, saya hanya boleh menasihatkan sahaja. Sebenarnya kita boleh viral dengan acuan kita sendiri menerusi elemen seperti kasih sayang dan bantu membantu.
“Saya berharap agar penerangan ini dapat menjelaskan mengenai kedudukan saya di dalam isu video viral ini.
“Saya akan mengambil tanggungjawab untuk membimbing mereka lagi supaya mereka dapat menjadi contoh yang baik untuk mereka yang aktif di media sosial. Terima kasih kerana faham mengenai kedudukan saya,” akhirinya.
Sumber & Kredit: Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...