Pelakon, Fauzi Nawawi mengakui bahawa dia tiada masalah sekiranya ada yang berhasrat memperisterikan anak daranya, Hanna Faresha.
Namun begitu, lelaki tersebut haruslah memenuhi tiga kriteria ini.
“Fasal siapa yang jadi menantu saya, saya tak pernah halang…kalau dah sampai jodoh dia. pilihan dia dan apa yang terbaik untuk dia, saya ikut.
“Tapi kriteria yang dipandang saya pertama, mestilah tahu baca al-Quran, kedua tahu agama dan ketiga mesti berpendapatan tetap.
“Sekiranya, lelaki itu berada dalam industri sekalipun, kalau dia bersungguh-sungguh saya tidak akan halang,” katanya kepada MH.
Fauzi berkata demikian ketika ditemui di belakang pentas Anugerah Skrin 2018 (ASK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
Dia juga turut membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama bagi drama Qalbu.
Tambahnya lagi, dia seronok apabila ada anak-anaknya yang ‘dikenali’ orang ramai.
“Suka je kalau mereka ada dalam industri, lagipun bukan dia (Hanna) je yang orang kenal, yang penyanyi tu pun (Fareez) pun ada juga.
“Saya suka sebab kalau pergi mana-mana akan diberi keutamaanlah macam artis juga,” katanya lagi.
Sebelum ini, anak Fauzi, Fareez Hazwan juga pernah mendapat perhatian netizen apabila menjuarai program Mentor Millenia pada tahun 2016 lalu.
Foto/Instagram: Fauzi Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI