Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berbaik dengan bekas pengurus peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkelfi selepas hampir setahun difahamkan tidak bertegur sapa.

Vida menerusi Instagram memuat naik video sedutan pertemuan mengejut mereka dan akui kini mahu membuka lembaran baru terhadap apa yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.

“Ada Ingat Ini Drama Buat-Buat, Untuk Marketing? Tidak Sama Sekali,” – Setahun Tak Berhubung, Iqbal Akhirnya Ambil Keputusan Jumpa Vida “Ada Ingat Ini Drama Buat-Buat, Untuk Marketing? Tidak Sama Sekali,” – Setahun Tak Berhubung, Iqbal Akhirnya Ambil Keputusan Jumpa Vida

“Dengan segala kontroversi yang berlaku antara saya dengan Iqbal biarlah berlalu dan buka lembaran baharu.

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada perancangan Allah yang lebih baik. Setiap apa yang berlaku saya redha l, berserah dan saya harap pertemuan kali ini dapat memperbaiki kembali jalinan ukhwah yang telah lama terbina,” tulisnya.

Vida pada masa sama mahu perbaiki diri dan berdoa agar apa yang dilakukan dapat melimpahkan rezeki yang lebih baik.

Ads

“Ada Ingat Ini Drama Buat-Buat, Untuk Marketing? Tidak Sama Sekali,” – Setahun Tak Berhubung, Iqbal Akhirnya Ambil Keputusan Jumpa Vida

“Saya maafkan segala kesilapan dan masing-masing perbaiki diri. Saya nak berbaik dengan semua orang semua rezeki saya semakin lancar,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Iqbal yang juga usahawan turut memuat naik video sama sambil mendedahkan dia sanggup mengalah sekaligus mahu menjalin hubungan baik dengan penyanyi lagu I Am Me itu.

Ads

“Setelah setahun tidak berhubung dengan Dato Seri Vida. Kali terakhir kami berbicara baik pada bulan September tahun lepas. Biarlah saya mengalah dan dimarahi asalkan kami tidak hidup bermusuhan.

“Ada yang ingat ini drama buat-buat? Untuk marketing? Tidak sama sekali. Jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisah saya dengan Dato Seri Vida pernah viral.

“Cuba baca, kenyataan saya tetap tidak berubah. Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?,” tulis Iqbal menerusi ruangan kapsyen.

Ads

Malah dia turut mengakui merakam video pertemuan bagi mengelakkan fitnah dan spekulasi yang bukan-bukan.

“Ada Ingat Ini Drama Buat-Buat, Untuk Marketing? Tidak Sama Sekali,” – Setahun Tak Berhubung, Iqbal Akhirnya Ambil Keputusan Jumpa Vida “Ada Ingat Ini Drama Buat-Buat, Untuk Marketing? Tidak Sama Sekali,” – Setahun Tak Berhubung, Iqbal Akhirnya Ambil Keputusan Jumpa Vida

“Saya takut jadi fitnah lain kan dikata saya datang bawa sihir, saya rekod awal-awal hal sebenar. Apapun komen baik buruk, pendapat kalian, saya terima,’ tulisnya.

Video yang kini sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka itu merakamkan Iqbal yang hadir ke sebuah premis makanan tanpa pengetahuan Vida secara peribadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI