Pelakon Eyra Hazali baru sahaja bergelar isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli pada 3 November lalu.
Sejak bergelar isteri, Eyra dilihat kian kerap berkongsi momen bersama suaminya di laman media sosial miliknya.
Baru-baru ini misalnya, pelakon berusia 20 tahun itu ada memuat naik satu rakaman video di akaun Twitter miliknya.
“geram je ngan suami ni. ada je benda nk jawab,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat berasa terhibur melihat sikap suami Eyra yang kelakar dan menghiburkan.
Sekadar informasi, pasangan ini telah bernikah pada 3 November lalu dan Haziq telah menyerahkan wang mas kahwin sebanyak RM 3,001 bersama 9 dulang hantaran berbalas 11.
Video: Twitter Eyra Hazali